'Santai Tapi Sampai'

5 June 2016

Refreshing : Ulangkaji bab puasa.

Jom kita buat ulangkaji sikit pasal perkara perkara penting berkaitan dengan puasa ni. Jom.

Refreshing : Ulangkaji bab puasa.
Refreshing : Ulangkaji bab puasa. Sumber Google.

Niat Puasa;

"Sahaja aku berpuasa, pada esok hari  kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa;

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tak musafir)
6. Suci (dari haid dan nifas)

Syarat Sah Puasa;

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (dari haid dan nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa;

1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa;

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid dan nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh di siang hari

Perkara Sunat Ketika Puasa;

1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma/juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebaikan 6. Sentiasa bersedekah
7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa;

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Masukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan di hujung lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa;

1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid dan nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam/mabuk
7. Orang yang sangat lapar dan dahaga

Mereka Yang DiKenakan Membayar Fidyah Puasa;

1. Mereka yang tak dapat mengqada'kan puasa hingga masuk Ramadhan kali ke2 - (Fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang di tinggalkan di samping mengqada' puasa) bagi setahun tertinggal. Kalau tak di qada' hingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan).
2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh
3. Orang yang terlalu tua dan tak berdaya untuk berpuasa
4. Orang yang ada qada' puasa tapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. (Fidyahnya : dibuat oleh kerabat si mati/diambil dari harta pusakanya)
5. Perempuan yang mengandung/yang menyusukan anaknya perlu mengqada' puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan kalau dia meninggalkan puasa sebab bimbangkan anaknya tapi kalau dia takut memudaratkan pada dirinya dia hanya wajib mengqada' puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan;

Orang yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan, maka kedua dua suami isteri perlu mengqada' puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) seperti:-

1. Memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki/perempuan (Kalau tak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (Kalau tak berdaya)
3. Memberi makan pada 60 orang fakir miskin

Walaubagaimanapun, jika persetubuhan dilakukan sebab terlupa, jahil tentang haramnya/dipaksa ke atasnya, tak wajib kifarat

Tingkatan Puasa;

1. Puasa umum - sekadar menahan makan, minum dan keinginan berjimak
2. Puasa khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari melakukan dosa selain menahan diri dari perrkara di atas
3. Puasa khusus al-khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati dari semua keinginan zahir dan batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa;

1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang bila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang bermusafir
3. Org yang terlalu tua dan amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
5. Perempuan hamil/menyusukan anaknya yang bila berpuasa boleh memudaratkan diri/anak yang disusui itu.

Semoga perkongsian ini akan "mengingatkan" kita akan hal hal penting semasa kita menjalani ibadah puasa nanti. Selamat menjalani ibadah puasa semua.

Diharap puasa pada tahun ni memberi manfaat kepada kita, dan lebih mudah dari tahun sebelumnya dan membanyakkan kita membuat amal ja'riah. Insyallah.

Sumber : Whatsapp Group!

1 comment:

  1. Thank you cikla untuk perkongsian ni. Setahun sekali kadang2 kita lupa sudah..

    ReplyDelete