'santai tapi sampai'

Sekarang ni, isu vaksin sangat kerap diperkatakan. Bagi cikla isu pemberian vaksin kepada anak ni isu subjektif kot. Ada orang menerima su...

Sharing is caring : Hari raya, anak kecil dan vaksin.

Sekarang ni, isu vaksin sangat kerap diperkatakan. Bagi cikla isu pemberian vaksin kepada anak ni isu subjektif kot. Ada orang menerima suntikan ni untuk anak mereka, dan begitulah sebaliknya. Lain orang lain pendapat peribadinya. Kalau cikla, memang semua anak-anak cikla mendapat suntikan vaksin penuh sampai mereka berumur setahun setengah. So, sehubungan dengan itu, cikla nak kongsikan pesanan dan nasihat dari seorang Neonatologist iaitu pakar bayi dan kanak kanak. Ini pesanan beliau;

Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada ibu muda ini yang kehilangan anaknya yang berusia 59 hari, akibat pertussis yang dijangkiti dari orang lain yang tidak divaksin. Semoga ALLAH mengurniakan syurga buat kalian sekeluarga atas ujian ini. Sempena hari raya yang bakal menjelang dan kemunculan wabak diphteria, pertussis dan measles akibat golongan antivaksin, saya ingin berkongsi sedikit pesanan, Buat ibu bapa yang mempunyai bayi kecil kurang dari setahun terutama kurang dari 2 bulan; 

  • Berpantanglah di rumah, tak perlu keluar beraya dan hadkan pengunjung. Kita tidak tahu siapa pembawa kuman, anak siapa tidak divaksin dan tetamu itu sudah ke berapa banyak tempat  lain dan terdedah kepada orang ramai. Jika ada tetamu, mohon cuci tangan jika mahu memegang bayi anda dan sebaiknya tetamu tidak perlu menyentuh bayi apatah lagi menciumnya. Cukup dengan melihat dan membacakan doa. Tidak mengapa dilabel "paranoid", anak kita, amanah kita, tanggungjawab kita.
  • VAKSINKAN anak anda mengikut jadual dan niatkan ini untuk kebaikan anak anda dan anak orang lain, semoga Allah menerimanya sebagai satu kebajikan. InshaAllah.
  • Elakkan tempat yang sesak seperti open house.
  • Jika kampung anda kawasan endemik seperti Melaka dan Kedah, elakkan pulang ke kampung seperti hadis Rasulullah SAW. Abdul Rahman bin Auf pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya". (HR Muslim).

Bagi tetamu yang berhari raya; 

  • Jangan cium/dukung/sentuh bayi yang baru lahir, atau mana-mana bayi tanpa izin ibu bapanya.
  • Baca doa sebelum masuk rumah. 
  • Jangan berlama-lama berziarah terutama rumah ibu dalam pantang. 
  • Kalau anak-anak anda tidak divaksin dengan alasan "anda sayang anak anda", kami ibu bapa provaksin juga sangat sayang anak-anak kami. Tolonglah jangan datang menziarahi kami yang ada anak kecil kurang dari setahun. Tolong hormati keputusan kami.

Pesannya lagi, bertabahlah ibu-ibu dan bapa-bapa yang beranak kecil. Biar kita susah raya kali ini, inshaAllah kita dapat nikmati banyak lagi hari raya akan datang dengan anak kita yang tersayang. Allahu musta'an.

Just share to save our children. Sekadar perkongsian.

Sumber : WhatsApp group.

2 comments:

  1. kesianlah pada bayi2 yang terkena wabak ni..mohonlah kepada ibu bapa ambillah vaksin untuk keselamatan anak2

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat bagus cikla. Siqah dah lama tahu mengenai vaksin cuma baru tahu yang ada orang yang antivaksin. Siqah sokong apa cikla cakap. Kalau siqah ada anak nanti, akan siqah confirmkan anak ada vaksin.

    ReplyDelete