Tips pilih kasut yang sesuai. (Part 2).

Sebelum ni cikla ada share tips nak pilih kasut di SINI. So, kat sini cikla nak share beberapa lagi tips macam mana nak pilih kasut yang sesuai untuk kaki kita. Jom baca.

Tips pilih kasut yang sesuai. (Part 2).
Tips pilih kasut yang sesuai. (Part 2). Sumber Google.

Pastikan saiz kaki korang sebab kaki akan menjadi panjang dan lebar seiring dengan umur korang. Selain itu, bandingkan lebar kasut dengan kaki korang. Jangan pilih kasut yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Tak payah nak pentingkan sangat jenama dan harga, apa yang penting adalah keselesaan. 

Masa beli kasut, cuba kedua dua belah. Jangan sebelah sebelah. Pastikan korang tau jenis material kasut yang dipilih. Kalau korang nak tau, kasut yang selesa, adalah kasut yang cermat dan kemas buatannya, tumitnya pulak tak terlalu tinggi dan boleh menampung berat badan korang dengan stabil. 

Pastikan kasut memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil  walaupun dah lama digunakan. Kalau korang nak beli kasut time petang atau malam sebab otot kaki mengembang masa tu. Kalau korang pergi shopping, pastikan sesi membeli kasut tu paling last sekali tau. 

Kalau korang beli kasut sukan, pastikan kasut tu tak terlalu berat atau ketat serta mempunyai kestabilan sistem sokongan kakinya. Pemilihan kasut yang betul penting untuk memastikan kita selesa masa berjalan selain nak elak kecederaan pada kaki.

Selamat memilih kasut!

Sumber : Harian Metro!

1 comment:

  1. dalam banyak2 barang ni.. nak pilih kasut la paling sush ooo, sampai berbulan2.. kalau nk ikut kesemua kehendak hati nye.. last2.. skechers la juga yg menepati kesemuanya.. haha.. adui..

    Blogwalking Sini, Jom Baca Artikle Review Ini,

    Terbaru Snek Raya Yang Wajib Ada Di Rumah Anda Article

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews