'Santai Tapi Sampai'

8 June 2016

Awas... Guna produk solekan tamat tempoh!

Kadang-kadang kita tak perasan kan yang alat solek kita tu dah expired date pun. Itu pun sebab bila kita pakai muka dah gatal gatal, barulah sibuk sibuk nak tengok tarikh tamat luput. Betul tak? Kalau tak, pakai ajelah. Setiap produk solekan, lain tarikh luputnya. Tak sama tau. Apa kata kita semak expired date produk solekan kita.

Awas... Guna produk solekan tamat tempoh!
Awas... Guna produk solekan tamat tempoh! Sumber Google.

Maskara;

Kalau korang nak tau, tarikh luput untuk maskara sebenarnya 3 bulan je. Apa? 3 bulan? Biar betul. Patutlah, maskara yang cikla ada ni rasanya almost lebih 3 bulan dah nampak macam keras je. Mungkin sebab inilah agaknya. Sebaiknya kalau dah tamat tempoh beli aje yang baru sebab untuk mengelakkan mata kita terkena jangkitan. Apa yang penting, pastikan maskara ditutup dengan kemas supaya tak keras. Kalau keras titiskan sedikit minyak zaitun untuk melembutkannya. 

Eye liner; 

Untuk jenis liquid, ia hanya bertahan sekitar 3-4 bulan aje. Manakala, bagi jenis stick, ia mampu bertahan sehingga 6-7 bulan.

Bedak asas jenis liquid; 

Bedak jenis ni kena jaga dengan baik dan sentiasa rapat tutupnya supaya tak masuk angin. Kalau ia dijaga elok, tempoh hayatnya boleh bertahan dari 6 bulan hingga setahun. Tapi ingat, kalau bedak bertukar warna atau berbau, jangan guna sebab ia mungkin boleh menyebabkan alahan pada kulit wajah.

Pembayang mata dan bedak jenis powder

Pastikan ia sentiasa tertutup kemas dan kering. Biasanya produk jenis powder ni boleh bertahan sehingga 2-3 tahun. Apa yang penting, jangan dedahkan produk pada tempat yang panas sebab ia boleh menyebabkan produk mudah rosak.

Lip gloss; 

Elak tinggalkan gincu dalam kereta atau di tempat yang panas dan pastikan ia sentiasa berada pada suhu bilik. Ia biasanya bertahan sehingga 2-3 tahun. 

Lip liner; 

Ia biasanya bertahan lebih lama dari produk solekan yang lain iaitu sekitar 3-5 tahun. Wahh, lama tu. Untuk menjaga kebersihannya, tutup dengan penutup selepas digunakan. Asah/tajamkan ia untuk memelihara produk ni. 

Berus solekan; 

Ia mesti dibersihkan sebulan sekali. Kalau korang nak tau berus solekan yang tak bersih akan menjadi punca kepada keradangan kulit dan jangkitan bakteria. Bersihkan ia setiap minggu kalau korang guna setiap hari! Ia boleh bertahan sehingga 2 tahun.

So, ingat ye. Kalau produk solekan korang tu dah expired, eloklah beli yang baru. Nanti jangan bila muka dah terkena alahan dan jerawat pun timbul baru nak menyesal. Nak jimat punya pasal. Betul tak? Lagipun, produk yang dah expired dah tak berkesan sebab dah rosak.

Sumber : Ruangan Tips Cantik.

3 comments:

  1. Emm bahaya jugak ni kalau jenis suka membeli tak reti pakai mcm ain ni ? Huwaaa membazir je beli.

    ReplyDelete
  2. Klau product skin care yg expired date bole guna lgi ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. better tak payah pakai la. takut effect kt kulit plak. tp kalo dh expired biasanya tekstur dia pun dh berubah kan

      Delete