Petua merawat rambut gugur untuk lelaki.

Jangan ingat perempuan je berhadapan dengan masalah rambut gugur. Kaum lelaki pun ada yang pening bila memikirkan masalah ni. Masalah ni kalau berterusan akan menyebabkan kebotakan, dan akhirnya akan mempengaruhi penampilan diri mereka malah akan menjejaskan rasa 'yakin' mereka bila berhadapan dengan orang ramai. Sebenarnya, ada beberapa petua yang korang boleh guna untuk 'menyuburkan' kembali rambut korang tu supaya lebat dan cantik. 

Petua merawat rambut gugur untuk lelaki.
Petua merawat rambut gugur untuk lelaki. Kredit Google. 

  • Guna santan. Usap santan pada bahagian kepala/rambut yan bermasalah secara konsisten dan teratur.
  • Oleskan minyak Gingko Biloba pada bahagian kepala yang botak. Buat secara konsisten.
  • Ambil kuning telur dan letak pada bahagian yang bermasalah dan urut dalam tempoh lebih kurang 15 minit, sebelum dicuci dengan syampu untuk menghilangkan bau telur tu.
  • Kisar kulit epal merah sampai halus dan letak pada bahagian kepaa yang bermasalah. Biarkan selama 15-20 minit sebelum dicuci dan dikeringkan.
  • Kisar teh hijau bersama sedikit air, kemudian lumurkan pada rambut. Biarkan 20 minit sebelin dicuci bersih. Buat secara kerap. InshaAllah.
  • Cara yang paling senang: sapukan minyak zaitun secara rata pada kulit kepala. Biarkan 20 minit sebelum dibilas bersih.

Walaupun ada sesetengahnya menjadikan botak tu sebagai fesyen, tapi tak semua yang suka keadaan macam tu. Betul tak? So, cubalah petua di atas. Mana tau berkesan dan hasilnya rambut korang kembali tumbuh subur dan korang kembali yakin bila berhadapan dengan orang ramai. 

Sumber : Ruangan Klinik Lelaki.

3 comments:

  1. Assalammualaikum CikLa..alhamdulillah bagus ni...in sya Allah membantu kaum adam yang mengalami masalah rambut...

    ReplyDelete
  2. nak try lah nnti! nice tip! :)

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews