Kena minum air gula? Ada tips tak?

Cikla rasalah semua ibu mengandung kalau disuruh minum air gula mesti mengeluh kan? Macam cikla dulu, pregnant pertama dengan ketiga tak kena minum air gula, tapi pregnant kedua kenalah pulak. Sebab apa? 


Sebab berat badan cikla naik mendapat. Apa lagi, kenalah minum. Masa memula disuruh tu, cikla fikir, "Ala, air gula je pun. Manis apa." Hihi. Tapi, rupanya.

Memang manis tapi likat gila. Terpejam-pejam jugaklah mata nak menghabiskannya. Ada sorang ibu itu yang sama-sama minum dengan cikla sampai muntah-muntah masa minum, tapi korang ingat tak kena minum lagi ke bila dah muntah tu? Jangan haraplah, kena minum lagi. Huhu.

Sebenarnya, kenapa agaknya ibu hamil ni disuruh minum air gula ye? 

Kalau korang nak tau, ibu yang berisiko tinggi untuk kena kencing manis masa mengandung memang tak kan dapat 'lepaskan' diri dari minum air gula. Mesti kenalah. Ni cikla nak share sebab kena minum air gula, iaitu; 

  • Indeks Jisim Badan (BMI) ibu adalah 30 ataupun lebih. 
  • Si ibu pernah ada sejarah kelahiran baby besar, lebih 4 kg ataupun lebih.
  • Si ibu pernah ada sejarah mempunyai kencing manis masa mengandung sebelum ni. 
  • Ibu bapa dan adik-beradik yang juga ada kencing manis.

Biasanya si ibu akan disuruh minum air gula pada awal peringkat kandungan dan akan di ulang balik pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu. 

Sebelum nak minum air gula ni, kita kena berpuasa (tak makan dan minum, kecuali air kosong/air mineral je) pada malamnya, yang mana esoknya kita kena minum air gula. 

Pastu, darah akan diambil dulu. Lepas tu, ujian darah akan diambil  sekali lagi selepas 2 jam lepas kita minum larutan gula ini.

Kena minum air gula? Ada tips tak?
Kena minum air gula? Ada tips tak? - Image credited to google.

So, ada tip ke nak minum air gula ni? Bukan apa, sekurang-kurangnya boleh elakkan ibu dari muntahkan balik air gula tu nanti. Lepas tu kena minum lagi. Adoiii. Tu yang taknak tu. Huhu. 

Jangan risau, meh baca ni cikla nak share beberapa tips yang mungkin kita boleh cuba masa minum air gula tu.

  1. Kosongkan perut pada malam sebelum kena minum air gula. Biasanya misi akan suruh kita start berpuasa mula pukul 10 malam, sebab bila kita puasa, ni akan menjadikan kita haus, so mudah sikit nak minum air gula kalau kita haus. 
  2. Jangan minum sikit-sikit sebab akan buat kita rasa loya. Orang cakap telan sekali nafas. Hihi. Sebelum nak minum tu, tarik nafas dulu, lepas tu minum sekali teguk. Don't stop! Masa minum tu pun, tahan nafas supaya kita tak bau air gula tu. Mungkin akan buat kita makin loya.
  3. Minum air gula yang masih suam sebab kalau dah sejuk air gula tu jadi likat. So, pepahamlah macam mana rasa masa nak 'menelannya'. Ermm.

Lepas ni 'jangan takut' kalau disuruh minum air gula ye. 

Sumber : SINI

2 comments:

  1. minum yg masih suam tu je tip dia.
    kalau yg dh sejuk mmg terkulat kulat nak habiskan! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Tau xpe.... Macam seksa je rasanya kan. Padahal air gula je pun. Hehe

      Delete

Powered by Blogger.