Kenapa tak naik2?

Sebenarnya cikla saja nak share kenapalah berat cikla ni lambat sangat naiknya. La ni cikla pregnant dah nak masuk 5 bulan. Pergerakan baby pun dah dapat rasa kekadang. 

Bestnya. Tapi yang herannya berat susah beno nak naik. Last checkup untuk 4 bulan ari tu, berat naik 300g je. Sebelum tu langsung tak naik-naik.

Masa cikla pregnant  sebelum ni ok je. Semua ok. Cikla pregnant dua-dua sebelum ni pun berat masa cukup bulan pun tak sampai 70kg dan baby cikla dua-dua lahir lebih 3kg. Kakak 3.6kg. Adik 3.3kg. 

Kenapa tak naik2?
Kenapa tak naik2? Kredit Google.

Cuma masa nak masuk 7 bulan tu cikla kena kencing kotor. Dua-dua kali pregnant camtu. Tapi pregnant yang ni tak tau la. Cuma wat masa sekarang ni masalah berat tak naik-naik. 

Rutin makan cikla rasa macam biasa. Selera makan pun ada. Cuma kadang-kadang time malam je cikla skip makan. Pasal tak lapar sangat.

Misi siap kata kalau tak nak makan sekalipun kena makan jugak. Takpelah. Cikla cuba la, demi baby, hehe. Hujung bulan ni next checkup. Harap-harap naiklah beratku ini. Oklah, sekian dulu. Wassalam.

**Nota kaki: Kalau kawan-kawan semua ada tips boleh tambah selera makan meh la kongsi dengan cikla. I'm appreciated that!

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews