Tegurlah elok2...

Dah lunch? Buat apa tu? Ada yang tengah keje, tengah study dan tak kurang juga ada yang tengah landing time ni kan? 

Walau apapun yang korang buat sekarang ni, buatlah dengan ikhlas dan hati yang gembira. Lalalala. Cikla time macam ni biasalah. Anak-anak sorang tidoq lagi. Sorang lagi layan kartun, dah tu ibunya layan blog jap. Sambil-sambil.

Ermmm, lately macam banyak je cite suami pukul isteri kan? Kat paper pun mesti ada terselit cite cam gini. Cikla pun pelik la napelah mudah sangat ringan tangan nak menampor memukul bagai. Kan boleh tegur elok-elok. 

Bukan si isteri takleh terima. Ingat dengan keganasan memukul bagai, berkesanlah cara didikan tu? Lagi tambah huru-hara adalah.

Kalau jenis isteri yang takut melawan, masaklah. Silap hari bulan boleh mati kena belasah. Lain pulak dengan isteri yang berani melawan. Haaa tau-tau je la kan. 

Ada satu cite tu cikla baca. Si isteri tak "layan" nafsu pun kena juga. Macam suami, fahamlah isteri awak tu. Entah penat ke. Mana taknye. Seharian buat keje umah. Dengan melayan kerenah anak-anak lagi.

Tegurlah elok2...
Tegurlah elok2...

Kalau betul nak pun, pandai-pandailah amik hati isteri. Urut-urut isteri dulu ke. Tanya isteri dah makan ke? Ni tak, main terjah je. Kalau kena kat dia tu tau lak camne rasa kan. 

Apa yang penting, tolak ansur dan persefahaman. Jangan nak ikut "kepala" sendiri je. Sudahnya keluarga pecah-belah. Isteri lari sebab tak tahan mengadap peel deme tu. Pikioooo la ek.

Isteri pun sama. Sentiasa timbangtara baik buruk dan kesan baik ke tidak ke kalau buat cam gitu. Jangan biar syaitan menguasai diri, bawa-bawalah mengucap.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews