Advertisement

Kek biasa.

KEK BIASA. Hye readers! Happy Monday. Semoga ceria dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati olehNya. Sebenarnya hari ni cikla macam rajin je tau. Pagi-pagi dah masuk dapur. Anak-anak tak sekolah pulak cuti terpaksa pasal kena tutup sebab ada kes penyakit tangan kaki mulut. Seminggu tu.

Si kakak pulak pepagi dah merengek lapar lapar. Disebabkan hari ni ibunya dapat aura rajin yang lain macam, apa lagi dengan pantasnya ibunya ke dapur. Tengok-tengok ada bahan nak buat kek. Apa lagi, beroperasilah. Jom. Sebelum tu, special thanks cikla nak ucapkan pada Eyma Balkish untuk resepi yang tersangatlah senang ni. Namanya pun kek biasa, memanglah senang kan? Hehe.

Kek biasa.

Kek biasa.
Kek biasa.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum.
1 cawan marjerin.
1cawan gula halus. (Tapi, cikla guna gula icing).
1 sudu besar baking powder.
1/2 sudu kecil esen vanilla.
5 biji telur.

Cara:

Pukul marjerin dengan gula sampai kembang. Sambil-sambil tu ayak tepung gandum dengan baking powder. Lepas marjerin dengan gula kembang, masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji. Pastu, pukul sampai kembang dan sebati. Dah kembang masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit. Adun sampai rata dan sebati. Sapu loyang dengan sedikit marjerin untuk elakkan kek melekat. Masukkan adunan dalam loyang dang bakar kek pada suhu 150 °C selama 40-45 minit. Kalau nak tau kek dah masak ke belum, ambil lidi cucuk kat kek. Kalau licin je lidi tu, dah masaklah kek kita.

Cikla punya jadi dah. Tu dalam gambar tu. Hehe. Macam mana? Senangkan? Actually ni kali kedua cikla buat. Memula tu macam tak berapa gebu. Tapi kali ni puas hati sebab akhirnya menjadi jugak. Lembut dan wangi je. Cikla ni pun bukanlah pandai sangat baking mem"baking ni. Ikut je resepi je. Step by step. In shaa Allah, menjadilah. Selamat mencuba. 

*Nota kaki: Cikla sudah try, korang bile lagi?? Hehe...

Post a Comment

2 Comments