Asyik kita je jaga hati orang, hati kita camne pulak?

Hamboi, panjang dan serius je bunyi title kat atas tu. Tapi, bila fikir-fikir macam ada betulnya jugak kan. Kadang-kadang, asyik kita je nak jaga hati orang, takut orang tersinggung dengan kita. Tapi, orang lain? 

Ada pernah nak fikir hati kita pulak ke? 

Bukan kita nak berkira atau apa, tapi sekurang-kurangnya mereka juga tau macam mana nak ambil hati kita, jaga hati kita. Jangan asyik kita je yang kena. Sepatutnya perlulah ada give and take. Baru harmoni hidup!

Ada jugak orang kata, orang yang asyik nak jaga hati orang ni senang dibuli. Pada cikla betullah tu, sebab apa yang orang buat kat dia tak pernah nak protes. 

Dia tak nak protes sebab takut nanti orang akan menjauhi dia. Tak nak kawan dengan dia. Disisihkan. Dan paling teruk dipulaukan. 

Tapi, kalau asyik macam tu je bahaya juga, sebab takut nanti orang senang ambil kesempatan dan mempergunakan kita. 

Nauzubillah, minta dijauhkan dari perkara camtu.

Asyik kita je jaga hati orang, hati kita camne pulak?
Asyik kita je jaga hati orang, hati kita camne pulak? *Gambar: facebook.com.

Walau apapun, bagi cikla tak salah kalau kita nak jaga hati orang lain, tapi kenalah berpada-pada. Sepatutnya berpada-pada dalam semua perkara itu lebih baik. 

Bukan apa kalau berlebihan takut kita sendiri yang rugi dan menampakkan kelemahan kita yang mudah diperkotakkan.

Sama-samalah kita saling mengingati ye.

3 comments:

  1. betul Cikla..setuju sangat.. kadang pelik org yg asyik nak menang jer. takmo kalah. asyik2 nak salahkan orang. sakit pulak hati kite! haha

    ReplyDelete
  2. berpada-pada dalam menjaga hati orang dan yang pastinya jangan samapai kita ditindas..
    jaga hati mak ayah is good.. :D
    Jaga hati manusia, biasalah, macam2 ragamnya kan, :D

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews