Cemburu biar bertempat....

Cecuti ni mesti plan pergi memana kan? Paling koman pun duk umah layan tv tak pun blogwalking blog kengkawan. 

Ermmm, cemburu. Banyak istilah cemburu ni. Ada cemburu buta, cemburu celik, cemburu baik. Cemburu memudaratkan pun ada. Hehe. Itu istilah cikla yang bagi.

Bagi cikla, kalau nak cemburu memang tak salah. Tapi, jangan berlebihan sangat. Bukan apa takut hubungan nanti jadi hambar dan tak best

Mana taknya, asyik cemburu je. Pasangan pergi sana sini sibuk nak tau. Kalau tak bagi tau, mulalah fikir bukan-bukan. Jeles tak tentu pasal. Pastu, gaduh, perang dunia. Sudahnya hubungan berpecah-belah.

Cemburu biar bertempat....
Cemburu biar bertempat....

Memang tak dinafikan kalau kita pernah dicurangi (oppsss!) atau di bohongi, rasa cemburu dan tak percaya tu memang ada. Sangsi je rasa hati. 

Tapi sampai bila nak macam tu. Cuba kurangkan rasa cemburu tu sikit dan bagi ruang supaya keadaan jadi tenang. Kalau ada masalah pun, senang nak bawak berbincang dan 'settle' kan.

Lagi satu, bagi cikla kalau cemburu dengan kejayaan orang lain contohnya takpe kot. Bukan apa, ia boleh dijadikan pemangkin untuk kita lebih berjaya, sebab dah ada yang bakar semangat kita. Ye tak? Tapi janganlah dengki. Tu dah lain citenye.

*Nota kaki: Cemburu tandanya sayang tapi haruslah berpada-pada.

2 comments:

  1. Anonymous13 May, 2014

    betul..jangan cemburu buta....

    ReplyDelete
  2. Anonymous14 May, 2014

    Betul cmburu biar btempat

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews