Nak Kurus? Cuba makan 7 buah untuk langsing.

Rasanya macam dah lama cikla tak share tips kesihatan dan kecantikan kan. Ececeh, macamlah pakar sangatlah kan cikla ni. Hehe. Cikla cuma nak share apa yang cikla rasa macam menarik dan penting untuk dikongsi.

Oklah, semua orang nak kurus kan? Bukan kurus sebab nak nampak cantik je, tapi kurus sebab nak sihat. Tapi kan, sekarang ni kurus-kurus pun tak semestinya takde penyakit. Semua bergantung pada macam mana kita handle cara pemakanan kita. Ada orang kata, apa yang kita makan itulah hasil kesihatan yang kita dapat.

Nak Kurus? Cuba makan 7 buah untuk langsing.
Nak Kurus? Cuba makan 7 buah untuk langsing.  Sumber Google.

TEMBIKAI

Buah ni tinggi kandungan airnya. Kalau kita ambil 2 potong tembikai pun dah cukup buat kita dapat tenaga segera. Jangan tak percaya kita akan jadi kenyang dalam tempoh 2-3 jam lepas tu, selain ia bebas lemak malah kadar gula buah ni rendah walaupun ia manis. Minum jus tembikai bersama dengan perahan lobak merah. Cubalah!

JAMBU BATU

Haa, ni cikla nak bagitau sebiji buah jambu batu bersaiz sederhana mengandungi sehingga 8 gm serat yang memudahkan proses penghadaman. Jadikan ia jus yang dicampur dengan sedikit perahan limau nipis. Ia dapat membantu menurunkan berat badan dengan cepat jika jus tersebut tak dicampur gula.

OREN

Buah ini hanya mengandungi lebih kurang 60 kalori saja, malah sangat tinggi kandungan vitamin C. Ia juga kaya dengan serat yang membantu sistem penghadaman kita. Oren lebih elok dimakan mentah berbanding dibuat jus sebab kalau dibuat jus hasilnya tak sebagus jika ia dimakan mentah.

EPAL

Buah ini merupakan slow food sebab ketika kita makan buah epal, kita memerlukan tenaga ekstra pada gigi sehingga memberi signal cepat kenyang pada perut. Epal juga membantu gula dalam darah berada pada paras normal dan beri kesan kenyang yang lama. Jus epal dengan nenas dapat mengatasi masalah sembelit dan membantu pembakaran lemak.

PISANG

Ia mengandungi 99 kalori dengan 0.2 gm lemak. Untuk kurus, ambil 3 atau 4 biji pisang dan minum bersama susu rendah lemak. Kalau kita amalkan setiap hari secara konsisten, kita boleh turun sehingga 4-5 kg sebulan.

NENAS

Ia bertindak sebagai agen membersihkan toksin dalam badan dan mengandungi asid sitrik yang memudahkan proses penghadaman. Makan begitu sahaja untuk kesan lebih baik atau dijadikan jus yang dicampurkan dengan oren.

BUAH NAGA 

Ia mengandungi vitamin C, B1 dan B2 selain dari bahan anti oksidan. Buah ini sangat efektif untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan mempunyai serat yang tinggi yang membantu proses pencernaan. Ia dapat mengelakkan sembelit dan bertindak untuk kurangkan kadar lemak dalam tubuh. Jadikan ia jus yang dicampur dengan susu rendah lemak.

Tengok, bukan susah kan? Lagipun kebanyakannya buahan tempatan kan dan mudah kita nak cari. Semuanya bergantung pada kemahuan kita bak kata orang tua-tua, "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih".

Selamat mencuba. 

Sumber tips: Majalah RAPI.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews