Advertisement

My pregnancy story : Malang tak berbau!

MY PREGNANCY STORY : MALAG TAK BERBAU! Hari ni ada satu kejadian yang mencemaskan berlaku kat mak buyong ni. Isk isk. Cikla jatuh motor. MasyaAllah memang cuaklah time tu. Bukan apa, risau baby dalam perut ni. Cikla masa tu dengan Damia, anak kedua cikla.

Ceritanya macam ni. Kejadian berlaku masa cikla hantar kakak Batrisyia sekolah petang. Masa tu kakak Batrisyia dah turun motor dan dah nak masuk sekolah pun. Cikla masih lagi atas motor dengan Damia. Masa tu Damia duduk depan, masa dah nak gerak tu dia sibuk nak duduk belakang pulak. Orang cakap dah nak kena kan, cikla boleh lupa nak free kan gear motor tu. Masa dia turun tu, dia ter'press' motor. Apa lagi tergolek lah kami berdua. Cikla memang 'terduduk' kat situ. Kaki tersepit sikit kat handle motor. Mujurlah ada yang membantu tegakkan motor dan angkat cikla. Allah, memang risau sangat dah.

Damia pulak menangis tak henti henti. Terkejut agaknya. Ramai yang tanya, 'awak okey ke'. Dan diaorang suruh pergi klinik buat checkup. Takut baby ada apa apa. Risau jugak dengan si Damia tu, takut kena ekzos. Check check badan tangan dia semua, tak apa yang cedera. Balik rumah, rasa sakit pulak kat pinggang. Mungkin sebab jatuh terduduk kot. Kebetulan hubby cikla balik tengahari tu, so ajaklah dia pergi klinik kejap. Ye lah, walaupun tak rasa apa apa, dan baby pun gerak macam biasa tapi risau jugak. Ini pertama kali cikla jatuh setelah nak masuk 4 kali mengandung. Memang risau sangat sangat. Hati berdebar debar nak tau..

My pregnancy story : Malang tak berbau!

Sampai kat klinik, alhamdullilah takde apa apa yang berlaku kat baby. Baby ok, syukurlah. Semua doktor check. Keadaan baby, kedudukan uri dan air ketuban. Ok semuanya. Nampak dah rupa baby dah.. Nampak telinga, mulut, hidung. Tak sabar pulak nak melahirkan dia. Hehe...

My pregnancy story : Malang tak berbau!
My pregnancy story : Malang tak berbau!
Hasil scan tadi... Syukurlah, baby tak apa apa.... Lega rasa di hati.... 

Lepas ni, cikla kena dan akan lebih berhati-hati. Walaupun dah last last trimester ni, orang cakap macam macam boleh berlaku kan. Memang takut jugaklah tadi kalau apa apa yang buruk berlaku, alhamdullilah selamat. Terima kasih ya Allah.

Due date dah nak dekat ni. Korang doakan dipermudahkan semuanya ye. 

Post a Comment

15 Comments

  1. Allahhuakbar...jaga diri cikla...alhamdulillah xde apa2

    ReplyDelete
  2. Subhanallah CikLa...risau PC...alhamdulillah semuanya ok...sentiasa hati2 ya CikLa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Memang risau sgt baby dlm perut ni. Syukurlah takde apa apa... Thanks PC.

      Delete
  3. Ya allah , cik La ... Mujur tak ada apa-apa jadi pada cik La , baby dan damian... take care ye cik La =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah.. Syukurlah semua sekamat... Thanks nad...

      Delete
  4. Allahu, Alhamdulillah semua selamat cikLa, hati2 naa .

    ReplyDelete
  5. akak !!! take care okay.. hati2.. seramnyaaa..

    ReplyDelete