Macam mana nak pilih maskara?

Cikla percaya, masa hari raya nanti mesti kita nak pergi bertandang dan menziarahi sanak saudara kan, tak kiralah yang dekat ataupun yang jauh. Bila pergi berjalan tu, tak salah kot kalau sekali sekala kita merias diri kita supaya nampak cantik. Bila berdepan dengan orang pun kita rasa berkeyakinan. Betul tak?

Ada orang tak suka makeup terlalu tebal. Cukuplah solekan nipis dan ringkas dikenakan di wajah. Rasanya, pemakaian maskara pun tak ketinggalan kan. 

Kalau korang nak tau, nak pilih maskara yang sesuai dengan kita pun ada caranya dan tipsnya jugak. Nak tau tak? Jom baca ni. Jom jom.

Macam mana nak pilih maskara?
Macam mana nak pilih maskara? Sumber Google.

  1. Orang yang mempunyai bulu mata tebal dan pendek, eloklah memilih maskara yang mempunyai berus tebal yang bertekstur dihujungnya.
  2. Orang yang mempunyai bulu mata nipis dan pendek pulak, eloklah memilih maskara yang mempunyai komposisi lilin dan silicon polymer yang lebih pekat. Berua berbentuk melengkung jugak sesuai untuk orang yang mempunyai bulu mata seperti ni sebab bulu mata lebih mudah dilentikkan.
  3. Orang yang mempunyai bulu mata yang tebal dan panjang, eloklah memilih maskara yang berberus kombinasi melengkung di bahagian tengahnya dan lurus di hujung.
  4. Orang yang mempunyai bulu mata yang lurus dan jarang, eloklah memilih maskara double formula dengan kandungan serat sintetik yang mana ia melekat kuat pada bulu mata.

Semoga perkongsian ni akan memberi kita info mengenai maskara apa yang sesuai untuk kita khasnya bagi yang suka bersolek.

Sumber : Ruangan Ubah Imej.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews