Erk, bau mulut dia. Nah tips untuk awak!

Erm, bau mulut yang kurang menyenangkan. Sememangnya ia kurang menyenangkan, nak-nak pulak kalau kita terpaksa berkomunikasi dengan mereka. Orang tu pulak, mesti nampak kurang yakin sebab tengok reaksi orang yang berkomunikasi dengan mereka. 

Malah, ada yang paling haru bila, mereka bertindak menjauhkan diri sebab tak tahan dengan 'bau' itu. Banyak sebab sebenarnya kenapa ini berlaku, tapi secara amnya ia disebabkan oleh sejenis gas yang dicetuskan oleh bakteria. Gas yang terkumpul dalam rongga mulut, tak kiralah di gusi, gigi atau lidah akan menghasilkan bau yang tak berapa nak enak, dipanggil halitosis.

Minumlah teh hijau, sebab ia mempunyai polifenol yang mampu menghentikan pertumbuhan bakteria. So, bau mulut pun dapat disingkirkan. Gantikan hidangan kopi dengan teh hijau supaya bau mulut kita lebih segar dan bersih.

Hentikan tabiat suka merokok dan minum minuman beralkohol, sebab ia merupakan punca terbesar bagi masalah ini. Kalau korang nak tau, bila alkohol bertindak balas dengan air liur ia akan mengalakkan pembiakan bakteria. Macam tu juga kekdahya kalau kita merokok. So, berhentilah merokok ye. Huhu.

Erk, bau mulut dia. Nah tips untuk awak!
Erk, bau mulut dia. Nah tips untuk awak! Image credited to google.

Cuka epal dapat membantu pulihkan bau mulut yang kurang enak. Berkumurlah dengannya walaupun rasanya agak masam sedikit. Campur je sesudu cuka epal dalam segelas air, kemudian berkumur macam biasalah. Amalkan, terutama kalau kita nak ambil makanan.

Aroma kulit kayu manis yang kuat, mampu membunuh bakteria dalam mulut. Masukkan aje sebatang kulit kayi manis dakam secawan teh, teh minumlah ia. InshaAllah, ia bukan saja dapat 'menyembunyikan' bau mulut yang asemmm, tapi mampu memberi kesegaran mulut selepas meminumnya.

Bagi cikla, bau mulut sebenarnya merupakan sebahagian dari penampilan diri seseorang itu. Jangan nanti kita tengok, wah wah wah 'smart'nya mamat ni, tapi bila dia bercakap, ya ampunnn, bau mulutnya.

Boleh fengsan dibuatnya.

Sumber : Ruangan Tips Sihat.

1 comment:

  1. bau mulut memang tak senangkan org lain.
    kena jaga.
    aida amalkan berus lidah time berus gigi.
    anak2 pun aida ajar gitu.
    and berus gigi kena bersih la kan. utama!

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews