Senda Ahad : Roundabout.

Orang cakap kadang-kadang bila membaca cerita cerita kelakar ni boleh buat kita ceria sepanjang hari. Ye ke? Nak tau betul ke tak, cuba baca cerita kat bawah ni.

Al kisahnya;

Kalau terjumpa seseorang yang berhenti di roundabout tunggu lama tak jalan-jalan, buat tak tau jer. Kejadian berlaku di kawasan Shah Alam!

Pagi tadi seorang anggota polis yang menaiki motosikal berkuasa tinggi berasa hairan kerana ada seorang mat motor berhenti di tengah jalan berhadapan dengan roundabout. 

Walaupun jalan sudah agak lengang  sebab takde kenderaan di roundabout tersebut, mat motor itu masih tak jalan jalan jugak. 

Kerana curiga dan nak tau mengapa mat motor tu tak jalan jalan, polis itu pun menahan mat motor tersebut dan menyuruhnya ke tepi.

Berikut merupakan dialog antara mereka.

Abg Polis :- Ok bagus. Ic, lesen, roadtax semua engko ada, tapi aku musykil. Kenape ko tak jalan jalan, sedangkan keadaan dah selamat?

Mat motor :- Begini encik, saya sesat tadi. Saya nak pergi beraya di Seksyen  24 Uptown Shah Alam. Tadi masa saya tanya orang, diaorang cakap ikut roundabout ni pukul 12, sekarang baru pukul 10 encik, jadi belum boleh jalanlah kan?

Abg Polis :- Lantak ko lah.  Malas aku nak layan. (Kata polis itu sambil memecut motornya). Hehehe.

Aduhai. Orang macam ni pun ada ke? Macam macam. Lawak tak, lawak tak. Hihi.

Sumber : WhatsApp group.

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews