31 July 2016

Kita sering lupa.

Kita sering lupa. | Assalamualaikum wbt. Sebagai manusia biasa, kita memang tak sempurna. Jangan cakap kita ni sempurna, sebab memang takde manusia yang sempurna. Yang Maha Sempurna hanyalah Dia, Allah SWT. Kadang-kadang niat kita untuk berubah menjadi lebih baik 'diganggu' oleh bisikan-bisikan yang mungkin menggoda kita untuk terus macam tu.

Sebab itulah, kita kena sentiasa muhasabah diri supaya niat kita dapat diteruskan. Tak kanlah selamanya kita nak jadi macam ni kan. Seharusnya dengan meningkatnya usia kita, kita berusaha untuk berubah. Kita bukan selamanya muda. Ingat tu.

So, jom kita muhasabah diri kita, dengan;

  • Memelihara mata kita dari melihat perkara yang haram.
  • Memelihara telinga kita dari mendengar perkara yang haram atau cerita yang sia sia. 
  • Memelihara tangan dari melakukan perkara yang haram atau sia sia.
  • Memelihara kaki dari melangkah ke tempat yang haram.
  • Memelihara kemaluanmu dari melakukan melakukan perbuatan yang haram.
  • Memelihara lidahmu dari berkata hal yang tak elok dan ditegah oleh syarak.
  • Memelihara akalmu dari berkhayal atau memikirkan hal yang haram dan tidak baik.

Kita sering lupa.
Kita sering lupa. Sumber Google.

Jadi, marilah kita sentiasa berdoa supaya Allah selalu menetapkan hati kita untuk melakukan kebaikan. Memang tak boleh nak nafikan manusia ni sentiasa digoda oleh syaiton laknatullah, tapi InshaAllah kalau kita sentiasa menyucikan diri kita dengan mendekatkan diri padaNya, syaiton pun akan menangis sebab tak berjaya menggoda kita.

Mari kita perbaiki diri secara berjemaah.

Sumber : Facebook.com/Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

6 comments:

  1. Anonymous31 July, 2016

    Benar, kita tak terlepas dari dosa..
    Saling ingat mengingat sesama kita.. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah..astarghfirullahaalaazim :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ini... dpat juga bermuhasabah diri ini sedikit..

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.