'santai tapi sampai'

Hati isteri mana yang tak rasa tenang dan damai bila si suami memberikan pelukan erat untuknya, lebih-lebih lagi kalau si isteri berada dal...

Rahsia pelukan sang suami....

Hati isteri mana yang tak rasa tenang dan damai bila si suami memberikan pelukan erat untuknya, lebih-lebih lagi kalau si isteri berada dalam keadaan duka nestapa. Sejuk je hati isteri kan.

Kalau korang nak tau, orang perempuan ni menganggap pelukan dari orang tersayang ni merupakan ubat atau penawar hati di kala duka yang paling mustajab. 

Merajuklah macam mana isteri dengan suaminya, cuba suami pelukan isteri mesti sejuk je hati dia. Tak percaya? Cubalah. Tapi untuk yang dah kawin je tau. Yang belum tu, wajib kawin dulu tau.

Lelaki ni bukan korang tak tau, susah sangat nak show apa yang terbuku dalam hati diaorang ni. Pendek kata, mereka ni kebanyakannya perahsia dan ego. *betul ke

Tapi, kalau tiba-tiba suami kita peluk kita, mesti ada something yang dia nak luahkan tu. Ada beberapa cara pelukan yang mana ia membawa makna tertentu. Korang nak tau tak?  Meh baca ni.

Kalau suami kita memeluk kita dari belakang, lalu meletakkan tangannya di bahu dan dada kita, ini tandanya rasa sayang dan cintanya hangat membara. 

Wow, sehangat api asmara. Kelakuan ni menunjukkan dia ingin memperlihatkan sifat egonya lambang kekuatan dan dominasi terhadap diri kita. 

Tapi, pelukan ni ada negatifnya juga, sebab ia mungkin bermakna dia perlukan perhubungan yang mendalam, tapi kita pulak tak merasa apa yang dia rasa. Sebab tu, dia tak peluk dari depan sebab takut kita tak betul betul menyayanginya. 

Ada suami yang suka memberi dakapan hangat, iaitu dengan cara merapatkan dirinya pada kita. 

Ini bermakna dia seorang yang lembut, penyayang, dan caring. Hati mereka rapuh dan sensitif. Mereka juga boleh menjadi penyokong yang setia asalkan ia beri kebaikan pada kita sebab dia boleh menjadi pendengar yang baik.

Kalau suami memeluk kita dengan cara melingkari tangannya di pinggul lalu menarik kita erat ke dalam pelukannya, ini bermakna dia 'mahukan' kita. 

So, faham-faham ajelah apa maksud dan kehendaknya. *orang yang dah kawin tentu faham. Kalau nak tau, sentuhan macam ni jugak menggambarkan dia seorang yang tajam pemerhatiannya. 

Isteri kena alert tau. Jangan buat tak tau pulak, merajuk pulak cik abang tu kang.

Kalau isteri pulak yang memeluk, apa maknanya pulak ye.

Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

3 comments:

  1. Haaa kalau isteri peluk mesti suami lompat bintang...kikikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi .... Mcm betul je apa kak PC ckp kan tue . Hiks~ =)

      Delete
    2. Kan.. Tau xpe... Heehee

      Delete