Advertisement

Kreatif! Idea baru dalam berfesyen.

KREATIF! IDEA BARU DALAM BERFESYEN. Orang cakap, kalau dah kreatif, macam macam idea baru boleh muncul kan. Inilah yang cuba 'diketengahkan' oleh seorang remaja dari Thailand berusia 17 tahun, Madaew nama dia. Memang kreatif sungguh budak ni. Ideanya dalam berfesyen memang tak terfikir oleh kita ni haaa. Lagipun dah viral pun budak ni kat media sosial. Kalau dah viral, korang pepaham ajelah. Mesti femes dah ni. Hihi. Malas nak cerita panjang, jom tengok apakah idea kreatif dan rasanya tak pernah lagi kita tengok orang buat kot. Hihi. 

Kreatif... Idea baru dalam berfesyen....

Fesyen gaun bakul raga dan jaring ikan.... Hehe... 

Mak aii... Kayu pun boleh jadi jugak... Memang kreatif... 

Lagi idea kreatif budak ni.... 

Daun pisang pun jadi. Tapi, hairan jugak cikla tak gatal ke badan dia kena daun buluh tu? Ermmm..  *fikir jap... 

Fesyen rerumput kering...  Tu daun betik kan? 

Cikla rasa inilah yang paling rare kot, fesyen periuk belanga. Paling tak tahan siap pegang sudip lagi.  *tak nampak dalam gambar ni, korang nak tengok gambar penuh pergi terjah IG dia.... 

Korang tengok kan bahan bahan yang dia guna pun, orang cakap dari barang barang biasa yang kita tengok kat rumah macam periuk belanga, raga rotan, zink dan lain lain, di samping 'fesyen bertemakan alam semulajadi' dari ranting kayu, rumput kering dan bungaan. Dan, korang jangan tak percaya, semua gambar tu dia ambil guna kamera telefon je, tapi hasil gambar tu memang mengagumkan. *pendapat ciklalah.

Kalau korang nak tengok banyak lagi 'aksi' dan kekreatifan budak ni, boleh singgah kat IG dia, @madaew99 yang mempunyai hampir 40k follower. Wow. Mana tau korang nak jadi follower dia jugak. Hehe.

Inilah IG dia. Follow jangan tak follow...  Hehe.... 

Sumber image : IG @madaew99

Post a Comment

16 Comments

  1. Hihi sangat kreatif..PC rasa kalau kita buat mesti orang kampung lari lintang pukang CikLa...kikikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. Tau xpe. Ni namanya sel sel otak berhubung... Hihi

      Delete
  2. Kreatif + rajinnya diaaaaaa ~ 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Ideanya mmg kreatif tp tak terfikir oleh kita ni haaa... Hihi

      Delete
  3. adoi la, kreatif sesgt..lawak pun ada..hehe..

    ReplyDelete
  4. mcm2 fesyen pelik sekrang ni kan,cik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... Rasa2 sanggup tak nk pakai fesyen gini.. Hihi

      Delete
  5. Hahaha, bab fesyen dia ni memang lawak...semua material dia guna. Sekurang2nya dia berani mencuba untuk mengetengahkan semua material yang ada... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tp agak2 kalau kat Malaysia orang buat fesyen cmni org boleh terima tak?

      Delete
  6. Hihihi sangat kretif.. Tapi rasa macam pelik. Xbiasa tgk fashion gini :p

    ReplyDelete
  7. halamak no komen la tengok budak ni hahaha.. gelak je mampu..

    ReplyDelete
  8. hahaha.. selalu tengok orang update pasal dia kat fb..

    ReplyDelete