'santai tapi sampai'

"Ayah dan ibu. Ayah dan ibu. Itulah permulaan kami. Dapat melihat bulan dan matahari." Rasanya bait-bait lagu Sudirman n...

Pesanan untuk anak...

"Ayah dan ibu. Ayah dan ibu. Itulah permulaan kami. Dapat melihat bulan dan matahari."

Rasanya bait-bait lagu Sudirman ni menyentuh hati kita kan. Nak-nak pulak pada mereka yang dah takde mak ayah, lagilah 'terasa' bila dengar lagu ni. Pernah tak kita terfikir, masa mak ayah kita sihat kita pernah cakap dengan mereka, 

"Mak, Ayah. Nanti bila mak ayah dah tua dan tak larat, saya akan jaga mak dengan ayah." 

Tapi, bila tiba masanya,  bila mereka dah uzur dan tak berdaya, lain pulak ceritanya. Macam-macam alasan yang keluar. Sudahnya, mak dengan ayah di hantar ke pusat penjagaan orang tua. Astagfirullah 'al azim. 

Jom baca satu kisah ni, semoga ia akan beri kesedaran pada kita untuk lebih menghargai orang tua kita. InshaAllah.

Begini kisahnya.

Pesanan untuk anak...
Pesanan untuk anak...  Gambar hiasan. Sumber Google.

Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Dia menziarahi ibunya dari satu waktu ke waktu yang lain. 

Pada satu hari, dia menerima panggilan daripada pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan nazak. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping ibunya pada saat terakhir begitu. Dia bertanya kepada ibunya, "Apakah yang ibu ingin saya lakukan untuk ibu?" 

Ibunya menjawab, 

"Aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin. Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan. "

"Ibu, kenapa pada saat seperti ini baru ibu pesankan perkara ini?" Anak itu bertanya kembali. 

Ibunya memberi alasan, "Tidak apa anakku, ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan lapar. CUMA IBU BIMBANG NANTI SAAT ANAK-ANAK KAMU MENGHANTAR KAMU KE SINI KAMU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI."

Allahu, renung-renungkanlah. Mendalam sungguh kata-kata ibunya tu kan? Apa rasanya kalau ibu atau ayah kita sendiri yang hantar mesej berikut?

Anakku... bila aku tua, andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan, aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit. Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku. 

Anakku... bila aku tua, andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan, aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, "Mak pekak ke?", "Mak bisu ke? ", "Tak dengar ker?" Aku minta maaf anakku, aku semakin MENUA.

Anakku... bila aku tua, andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang ulang, aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil. Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA. Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua. 

Anakku... bila aku tua, andai aku berbau busuk, hamis dan kotor, aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku. Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi. Badan aku lemah. Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri. Mandikanlah aku seperti mana aku memandikan kamu semasa kecil. 

Anakku... bila aku tua, sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku. 

Anakku... bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian. Jangan cemas. Jangan menangis. Hadapi dengan redha. Aku berjanji pada kamu, bila aku bertemu Allah, aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku. Terima kasih banyak-banyak kerana mencintai aku. Terima kasih banyak-banyak kerana telah menjagaku. Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.

Semoga perkongsian ni akan menjadi ikhtibar pada kita kalau masih ada ibu bapa. Jangan nanti bila mereka dah takde barulah nak menyesal dan kesal sebab tak berbakti kepada mereka. Masa tu dah takde gunanya dah. 

Orang jugak cakap redha Allah adalah dari redha ibu dan ayah. Jom kita berbakti kepada mereka selagi ada hayat mereka.  InshaAllah pahala ganjaran untuk kita.

Ingatlah, sesungguhnya kitalah anak, dan sampai ketikanya nanti, kita pulak akan menjadi  ibu dan ayah. Tak mustahil apa yang kita pernah lakukan pada kedua ibu bapa kita, akan berlaku pada kita. 

Macam orang putih cakap "what you give, you get back." Cepat atau lambat. Tunggu ajelah.  

Semoga perkongsian ini dapat memberi ingatan untuk kita juga. Kalau ada yang tersilap terpandang, tak salah menegur sebab kadang kala kita terlupa.

Sumber : WhatsApp group.

3 comments:

  1. Ya Allah jauhkanlah aku dan keluargaku serta sahabat ku berkelakuan biadap@kurang ajar terhadap ibubapa...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ... Sangat la reminder untuk kita sebagai anak.... Tq for sharing cik La

    ReplyDelete