30 July 2016

Tips pilih pakaian yang sesuai.

Tips pilih pakaian yang sesuai. | Assalamualaikum wbt. Orang kata, dalam berpakaian jugak kita kena bijak, ada tips pilih pakaian yang sesuai tau. Bukan apa, nanti kalau salah pilih nampak pelik dan 'tak kena' pulak dengan penampilan kita. Orang pun pandang semacam nanti.

Dan lebih haru lagi, ada pulak yang mentertawakan kita.

Dalam memilih pakaian yang sesuai, cikla rasa kita kena pertimbangkan usia kita jugak. Orang cakap, berpakaian biarlah padan dengan umur. Jangan awak tu dah suku abad, tapi pakaiannya macam anak-anak remaja.

Nanti orang gelar 'remaja purba' marah pulak. Hehe.  So, sedar diri sikit ye. Hihi.

So, jom baca apa yang cikla nak kongsikan ni berkenaan dengan macam mana nak memilih pakaian yang betul-betul kena dan ngam dengan penampilan kita. Ia sebenarnya melibatkan banyak aspek.

Rugi kot kalau korang tak baca.

Tips pilih pakaian yang sesuai.

  1. Kalau korang berkulit cerah, elakkan memakai warna lembut, contohnya coklat muda, biru muda dan pink.
  2. Kalau korang berkulit warna kuning langsat, warna yang cun dan ngam dengan korang adalah warna seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru.
  3. Kalau korang berkulit sawo matang, warna warna seperti ungu, oren dan merah hati memang sesuai dengan korang.
  4. Kalau korang berkulit agak gelap *macam cikla ni, pilih warna tanah yang lembut sebab ia lebih sesuai.

Tips pilih pakaian yang sesuai.
Tips pilih pakaian yang sesuai. Sumber Google.

Apa yang penting, kita kena pandai menyesuaikan warna pakaian kita dengan masa dan tempat. Kalau warna gelap ia lebih sesuai untuk acara atau majlis formal, manakala kalau warna yang lebih terang atau cerah ia lebih sesuai untuk acara santai.

Rileks rileks gitu.

Lagi satu, kita kena sesuaikan jugak warna pakaian yang kita pilih dengan karakter kita.

Kalau korang nak nampak lebih feminin gitu *untuk girl lah elok korang pilih pakaian berwarna pastel. Tapi, kalau korang nak attract perhatian orang sekeliling, korang pilih pakaian warna terang benderang gitu.

Barulah orang nampak... Hehe....

Tapi, korang kena ingat JANGAN pilih warna pakaian yang terlalu kontra dengan warna kulit korang. Contohnya, kalau kulit gelap, jangan pulak pilih baju warna pink terang gitu. Salah alamatlah macam tu. Korang dah tentu nampak tak balance dan janggal. Orang pun tengok pelik je kang.

Lagi satu, elak dan tak boleh pun sebenarnya kalau korang nak kenakan aksesori start dari rambut sampailah ke kaki warnanya tak sama dengan warna baju yang korang pilih.

Korang paham tak ni? Hihi.

Ada beberapa tips berpakaian yang cikla rasa kita kena tau, jom baca.....

  1. Kalau nak nampak ramping dan kurus, pakai pakaian berwarna gelap, sebab warna sebegini akan beri kesan padan badan kita.
  2. Untuk 'mengecilkan' dada yang besar, elok pilih baju tanpa lengan *untuk free hair lah, takkan yang bertudung nak pakai kot, dan berleher tinggi *turtleneck.
  3. Kalau berkemampuan, tukarlah kasut lama korang tu, nak nak pulak yang dah pudar warnanya sebab ia sememangnya akan merosakkan penampilan korang.
  4. Pilih kasut yang sesuai dengan pakaian. Walaupun kasut bertumit rendah susah nak dipadankan dengan gaun atau kemeja, tapi ia lebih baik untuk kesihatan kaki.
  5. Kalau korang berleher jinjang, pilih pakaian yang mempunyai kolar tinggi. Tapi, kalau korang berleher pendek elok korang kenakan rantai atau kalung supaya nampak lebih cantik.

Semoga tips ni berguna untuk korang terutama dalam menyerlahkan penampilan diri supaya lebih yakin bila berhadapan dengan orang ramai. 

Sumber : Harian Metro.

2 comments:






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.