'santai tapi sampai'

Bak kata orang putih, "Sharing is caring".  So , cikla agak perkara ni penting untuk dikongsikan. Sekurang-kurangnya ia boleh me...

Jatuh dan terkena stroke, InshaAllah boleh dielakkan dengan....

Bak kata orang putih, "Sharing is caring". So, cikla agak perkara ni penting untuk dikongsikan. Sekurang-kurangnya ia boleh memberi kita sedikit ilmu dan peringatan supaya kita lebih berhati-hati di masa depan. Memanglah orang cakap malang tak berbau, tapi apa salahnya kalau kita berusaha untuk mengelak dari ia berlaku. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya. Aamin. Dah-dah, jom baca.

Kita selalu dengar orang jatuh di bilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Persoalannya, kenapa kita jarang dengar mangsa jatuh di tempat-tempat lain? Mengapa selalunya ia terjadi bila jatuh di bilik air?

Ini merupakan perkongsian dari seorang hamba Allah yang pergi ke kursus gaya hidup sihat, yang mana beliau juga adalah seorang penceramah berpangkat professor di UiTM, juga terlibat dengan Majlis Sukan Negara. 

Jatuh dan terkena stroke, InshaAllah boleh dielakkan dengan....
Jatuh dan terkena stroke, InshaAllah boleh dielakkan dengan....  Kredit Google. 

Nasihat beliau adalah, semasa kita mandi, jangan kita basahkan kepala dulu, tapi sebaliknya basahkan dulu bahagian badan. Ini kerana bila kepala kita basah dan sejuk, ini akan menyebabkan 'semua' darah akan mengalir ke kepala untuk panaskan kepala, logik 'warm blooded human' dan kalau ada saluran darah yang sempit, situasi ini mungkin boleh menyebabkan saluran darah tersebut pecah, dan keadaan ini selalunya terjadi di bilik mandi.

So, kalau korang nak tau cara mandi yang betul adalah seperti berikut, iaitu;

  1. Mulakan dari segayung air dengan menyiram di telapak kaki dahulu.
  2. Segayung air di betis.
  3. Segayung air di paha.
  4. Segayung air di perut.
  5. Segayung air di bahu.
  6. Kemudian, berhentilah seketika dalam tempoh masa 5 ke 10 saat.

Selepas melakukan langkah di atas, kita akan rasa seperti wap atau angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan sampai kita rasa meremang. Selepas itu, barulah kita 'sambung' dengan mandi macam biasa.

Untuk pengetahuan korang, keadaan di mana kalau kita mandi dengan menjirus air terus ke kepala, umpamanya, kalau kita mengisi air panas dalam sebiji gelas, lepas tu kita isi pulak dalam gelas yang sama air sejuk. Apa yang berlaku adalah, dah tentu gelas tu retak, malah tak mustahil boleh pecah terus. Kalau ini berlaku pada badan kita, agak agak korang apa yang retak?

Jatuh dan terkena stroke, InshaAllah boleh dielakkan dengan....
Jatuh dan terkena stroke, InshaAllah boleh dielakkan dengan.... Kredit Google.

Untuk pengetahuan korang jugak, suhu badan kita cenderung panas dan air pulak sejuk, so apa yang berlaku kalau kita mandi dengan menyiram terus pada badan atau kepala, angin yang sepatutnya keluar akan terperangkap. Keadaan ni boleh membawa maut sebab pembuluh darah boleh pecah.

Itu sebabnya kita selalu dengar orang yang jatuh di bilik mandi, akan 'stroke' secara tiba tiba. Mungkin ni jugak boleh menyebabkan kita selalu masuk angin dan migrain dek kerana cara mandi yang salah. Cara mandi ini juga amat baik untuk semua peringkat umur, terutama pesakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah. Semoga bermanfaat, bak kata orang cegah sebelum kena.

Sumber : WhatsApp group.

1 comment:

  1. thanks cikla
    memang bermanafaat insya ALLAH sama2 kita amalkan

    ReplyDelete