'santai tapi sampai'

Siapa yang tak suka kepada bau yang wangi-wangian kan? Lebih-lebih lagi kalau kita selalu berhadapan dan berkomunikasi dengan orang ramai....

Perempuan memakai wangian, apa hukumnya?

Siapa yang tak suka kepada bau yang wangi-wangian kan? Lebih-lebih lagi kalau kita selalu berhadapan dan berkomunikasi dengan orang ramai. Walaupun begitu, kalau perempuan memakai wangian, apa hukumnya? 

Pendapat cikla, seeloknya perempuan perlu mengikuti beberapa 'garis panduan' kalau nak pakai wangian. Ada beberapa hukum kalau perempuan nak memakai wangian. 

Jom kita baca, supaya nanti kita, khasnya perempuan dapat menghindar dari melakukan perkara yang boleh mengundang dosa tanpa kita sedar.

Nauzubillah.

Pertama; Ia adalah diwajibkan si isteri berwangi-wangian bila suaminya berada di rumah, nak-nak pulak semasa isteri nak 'melayan' suami pada waktu malam. Ia sesuai dengan sabda Rasullullah SAW,

"Sebaik baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu." (Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah).

Untuk pengetahuan korang, makna 'menyenangkan hati' ni adalah dalam semua hal dan keadaan tak kiralah dari segi fizikal dan mental. Kalau dari segi akhlak, wajah dan dirinya haruslah sentiasa berhias dan bersolek, selalu berbau wangi tak kiralah ketika berada di rumah dan di depan suami terutamanya.

Kedua; Hukumnya sunat, bila mana perempuan;
  • Semasa berada di rumah, terutama bila bersama suami.
  • Semasa menunaikan solat dan beribadat di rumah *bukan di masjid.
  • Semasa menyambut tetamu perempuan, sebab kalau kita dalam keadaan busuk ia boleh menimbulkan rasa tak selesa pada tetamu.
  • Memakai wangian sebelum berihram. Ia sesuai dengan keterangan yang mana Aisyah berkata:

"Kami (isteri-isteri Rasullullah) pergi menunaikan haji bersama baginda. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan baginda melihat hal itu tetapi tidak menegur kami (ertinya tidak melarang)." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Ketiga; Hukumnya makruh bila mana perempuan memakai wangian semasa berpuasa. Hal ni disepakati oleh ulama iaitu fatwa Imam Syafii dan Qaliyubi mengatakan.

"Makruh memakai wangi wangian ketika berpuasa."

Yang mana pendapat Qaliyubi itu adalah pendapat ijmak. *untuk lebih penjelasan, rujuklah pada yang lebih arif.

Keempat; Perempuan haram memakai wangian semasa keluar dari rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, bila berhadapan dengan lelaki ajnabi iaitu ada niat nak memikat lelaki, dan semasa ke masjid untuk solat berjemaah.

Ada beberapa keterangan berhubungan dengan hal ni, iaitu;

  • Sabda Rasullullah SAW, "Seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (ada lelaki dan bukan muhrimnya) maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina." (Riwayat Ahmad dan al-Tarmizi).
  • Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau pernah bertemu dengan wanita yang sedang pulang dari masjid dan berbau wangi. Lalu beliau menegur, "Wahai hamba Allah, adakah kamu pulang dari masjid. Rasullullah pernah bersabda bahawa Allah SWT tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi." (Abu Daud, an-Nasaie, Ibnu Majah dan al-Baihaqi).
  • Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasullullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan." (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah).
  • Kalau seseorang perempuam itu kematian suaminya, dan masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Ia sesuai dengan fatwa dari Imam Syafii, "Wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau bauan."

Pendapat cikla, memang semua orang nak nampak cantik, menarik, wangi tak kiralah lelaki atau perempuan. Betul tak?

Akan tetapi, ada had yang perlu dipatuhi. Lelaki tak boleh berhias macam perempun, dan begitu sebaliknya. Lelaki memang dibenarkan berwangian, tapi bukanlah tujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Perempuan pulak tak boleh memakai wangian dengan niat untuk menarik perhatian orang lain terutama lelaki bukan mahramnya. Tak dinafikan, sebagai manusia biasa kadang kala kita khilaf dan terlupa.

Semoga kita semua sentiasa diberi kesedaran supaya dapat memperbaiki mana yang kurang elok. InshaAllah.

Sumber : Ruangan Cuci Hati, Ustaz Azhar Tuarno.

9 comments:

  1. Saya memang suka pada wangian, tak kira duduk di rumah atau keluar rumah.. Cuma bila keluar rumah, bauannya takdelah sampai satu botol dikerjakan dan hanya sekali aje pakai, tak topup pun.. kalu di rumah plak, saya WAJIB pakai, tak kira minyak wangi atau minyak atar.. kalu time solat, wajib calit minyak atar pada pakaian solat.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla pun sama. Walaupun kat rumah mesti nk calit sikit perfume tu... Nak wangi sentiasa... Hehe

      Delete
  2. Thanks for the info :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum CikLa & kawan-kawan,

    Saya mmg pencinta & pengguna perfume tegar CikLa.. Suka sangat bau perfume. Tapi bila memakai perfume di luar dgn izin suami & bukan niat menggoda harap2 dibenarkan.. Risau jugak kalau jatuh hukum haram.

    Nice sharing dear.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla pun suka jugak pakai perfume.... tapi, pendapat Cikla ia dibolehkan selagi tak berlebihan.....

      Delete
  4. Rase nyer xbleh kuat sangat sampai bkn muhrim cakap "wow wangi nyer" ... Permulaan kepada berlaku nyer maksiat ... Pakai skit just utk hilangkan bau badan ... Apa2 pun rujuk pd yg lebih pakar ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju jugak.. yg terbaik rujuk pd yg pakar...

      Delete
  5. Sebaiknya elakkan pakai bila keluar rumah.. pakailah ketika dalam rumah jr.. wangi kan diri dengan pakai deodoran ataupun sabun yang memang wangi... Tak pun pakai jenis calit kt lengan tu ok lagi Dr yg jenis sembur tu...

    ReplyDelete