Sedapnya, pau cendawan viral ni...

Dewasa ini *cehhh ayat skema pulak, hihi ramai yang bercerita mengenai keenakan sejenis pau ni. Pau cendawan nama diberi. Hubby cikla pernah jugak bercerita mengenai pau ni. Katanya pau ni ada dijual di bazaar Putrajaya masa bulan puasa tempoh hari. Memula dia cerita tu, takdelah amik pot sangat. Ye lah, pau je pun kan. Lagipun, pada firasat cikla, mesti pau ni macam pau-pau yang lain.

Nak dijadikan cerita, rupanya pau ni dah ada orang jual kat Banting ni. Aik, dekat dah ni. Macam rugi pulak kalau tak try kan. So, kebetulan hubby cikla pergi ke Banting, dia singgah beli pau tu. Iyelah, yang dia pun asyiklah bercerita yang pau cendawan ni sedaplah, lembutlah. Lama-lama tak kepingin jugakkan mak buyong ni. Nak jugak rasa. Betul ke sedap sangat tak hingat tuuuu.

Akhirnya, merasa jugak cikla pau ni. Rupa parasnya memang sebijik-bijik macam rupa cendawan betul. Kalau orang tak tau, memang ingat cendawan real. Huhu. Hmmm, memang sedap pau ni. Lembut walaupun dah sejuk. Intinya pun cendawan dengan ayam. Makan sebiji memang kenyanglah. Tapi, first time makan cikla dah ter'bedal' 2 bijik. Haha. Takpelah, satu untuk ibu, satu lagi untuk baby dalam peyut. 

Sedapnya, pau cendawan viral ni...
Sedapnya, pau cendawan viral ni... 

Kalau sesiapa yang tinggal area Banting dan berdekatannya dengannya, boleh terjah gerai jual pau cendawan ni di Uptown Banting, berhadapan dengan perhentian bas SMART. Kat tepi je gerainya. Harganya pulak sebiji rm3.50. Tapi kalau nak untung sikit, baik beli 3 biji RM10. Kalau nak, kena dapat awal sebab memang terlajak laris. Kalau lambat memang kena tunggu esoklah.

Dengar-dengar, ada kawan cikla cakap kat area Sijangkang pun dah ada jual pau cendawan ni. Memang dah top arrr pau ni. Benda sedap, mesti ramai orang cari kan. Cayalah. Untuk nilai 'kesedapan' pau cendawan ni, cikla bagi 5 bintang. Yeahhhh. Kalau korang ter'rajin' kan, nak buat sendiri, korang boleh klik SINI untuk mengetahui cara nak buatnya. Tapi kalau malas, beli ajelah. Tinggal dimakan aje, settle. Hehe. 

4 comments:

  1. Jauhnya cikla, nak ke banting sana... Nampak sedap je, dan unik sebab tak putih suci murni macam pau yang sedia ada.. Nak pos boleh ke? ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla dengar kat putrajaya pun dah ada.... Hehe... Kalau teringin sgt, ajak cik hubby pergi beli.
      Hehe....

      Delete
  2. untung la cikla dpt rasa.
    kat melaka ni, aida x nampak la :(
    hu hu sedih!

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. ntah bila dapat merasa pau ni.. *kecur air liur

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews