Sejujurnya, ini pertama kali cikla amik supplement berbentuk soft gel masa mengandung. Itu pun mengandung yang keempat. Sebelum ni, cikla amik jugak tapi minyak kelapa dara atau VCO (virgin coconut oil) yang dalam bentuk minyak tu. Tak dinafikan memang banyak produk VCO dalam bentuk soft gel ni di pasaran, dan mungkin fungsi serta khasiatnya sama je. Tapi, kenapa cikla memilih untuk menggunakan VCO keluaran d'aura ni? Haa, inilah yang cikla nak share ni.
Kalau korang nak tau, minyak yang paling menyihatkan di dunia adalah minyak kelapa dara. Cikla mula mengambil VCO bila usia kandungan cikla masuk 8 bulan. Memang ada sesetengah ibu mengandung mengambil VCO lebih awal lagi, sebab itu depend pada tuan empunya dirilah.
Asalnya, memang tak rancang pun nak makan yang jenis soft gel ni, sebab sebelum ni masa mengandung ketiga cikla makan yang jenis minyak tu. 1 sudu setiap pagi dan sebelum nak tidur. Itupun cikla amik dah dekat-dekat nak bersalin. Memang cikla pernah terbaca pasal produk ni di Facebook. Masa tu just baca untuk tau je.
Nak dijadikan cerita, kebetulan masa cikla pergi ke Tesco lepas tu, hati tergerak nak usha pulak produk tu. Manalah tau kot-kot ada. Usha punya usha, wah memang ada. So, cikla decide nak beli sebab nak cuba.
Apa yang menarik pulak pasal produk VCO dari d'aura ni? Apa lagi, teruskan pembacaan korang kalau nak tau.
VCO keluaran d'aura ni adalah dihasilkan 100% asli dari bahan semulajadi, berkualiti dan yang paling menarik ia telah diruqyahkan dengan 30 Juzu' Al-Quran dan ayat ayat Syifa'. So, kita memang ditegah dari melangkah atau terlangkah produk ni. Ia juga di proses tanpa menggunakan kaedah pemanasan haba.
Selain itu, VCO ni jugak mempunyai 5 khasiat yang baik untuk diri kita, iaitu, ia merawat penyakit, iaitu mengawal kolestrol dan darah tinggi, mengurangkan risiko sakit jantung, menyokong fungsi tiroid, membunuh virus, kulat, bakteria, dan protozoa. Ia juga mengandungi 45-50% asid Laurik yang berfungsi sebagai anti kanser serta turut merawat masalah percernaan dengan memperbaiki dan memudahkan percernaan mineral dan vitamin berlaku, di samping mencegah jangkitan kuman serta mempercepatkan pembantukan sel baru.
Selain itu, VCO ni jugak mempunyai 5 khasiat yang baik untuk diri kita, iaitu, ia merawat penyakit, iaitu mengawal kolestrol dan darah tinggi, mengurangkan risiko sakit jantung, menyokong fungsi tiroid, membunuh virus, kulat, bakteria, dan protozoa. Ia juga mengandungi 45-50% asid Laurik yang berfungsi sebagai anti kanser serta turut merawat masalah percernaan dengan memperbaiki dan memudahkan percernaan mineral dan vitamin berlaku, di samping mencegah jangkitan kuman serta mempercepatkan pembantukan sel baru.
Ia juga membantu mengembalikan tenaga dengan merangsang metabolisme serta bertindak sebagai antioksidan semulajadi. Ia turut membantu menghasilkan tenaga yang maksimum sebab dihantar terus ke hati dan ini menyebabkan tenaga 'tenaga segera' dihasilkan dengan cepat. Untuk para wanita pulak, ia dapat membantu menstabilkan masalah kitarannya haid serta senggugut.
Dari segi kecantikan pulak (lebih kepada kesihatan kulit), ia boleh bertindak sebagai pelindung sinaran UV. Ia jugak membantu membekalkan nutrient untuk menghasilkan rambut yang sihat, di samping mengawal kelemumur. Selain itu, ia dapat membantu mengawal masalah rekahan kulit, ekzema, masalah kulit gatal serta menghilangkan stretchmark.
Untuk ibu mengandung pulak, ia dapat membantu menghasilkan tenaga untuk ibu, di samping membantu memudahkan proses bersalin kelak. Selain itu, ia jugak baik untuk bayi dalam kandungan, inshaAllah kulit bayi masa dilahirkan nanti licin dan bersih serta rambutnya lebat. Ia jugak dikatakan dapat membantu menaikkan uri dan dapat mengembalikan kedudukan bayi songsang, dengan izin Allah SWT.
Apa yang paling penting, ia dapat mengurangkan masalah morning sickness. So, ini maknanya ia boleh diambil pada awal kehamilan jugak. Di samping itu, ia juga dapat mengoptimakan bentuk badan dengan mengekalkan bentuk badan yang ideal, di samping ia boleh membantu menurunkan berat badan *tapi kena jaga makan dan bersukan jugak tau. Ia jugak tak mengandungi LDI dan kolestrol.
Untuk pengetahuan korang, cara penggunaannya pun senang je, iaitu dengan mengambil 2 hingga 3 biji kapsul VCO, 2 kali selepas makan pada setiap hari. Akan tetapi, kapsul ni perlu dielakkan dari terdedah kepada cahaya matahari dan tak boleh di simpan dalam peti sejuk. Ia perlu di simpan pada suhu bilik untuk mengekalkan khasiatnya.
Dalam satu botol mengandungi 500mg x 80 biji soft gel. Kalau pada kotak, harga yang tertera adalah RM49.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM54.90 untuk Sabah dan Sarawak. Tapi, kalau beli dengan agen mungkin lebih murah kot. Apa yang penting, produk ni selamat dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. So, jangan ragu-ragu dan was-was tau kalau nak guna. Ok.
Pada sesiapa saja terutamanya ibu mengandung, yang nak mencuba atau masih tercari-cari kaedah perubatan alternatif dan mahu menggunakan VCO, bolehlah cuba produk ni. Cikla cakap ni sebab cikla memang dah pun menggunakan produk ni. Memang bagus. Masa cikla bersalin baru ni, alhamdullilah boleh dikatakan mudah jugak la. Tahan sakit kejap je. *itu pun sebab kena drip. Lepas tu baby lahir bersih, rambut lebat, putih dan uri jugak bersih. Kata orang takdelah urinya pecah pecah atau hancur. Tak percaya? Cubalah.
Sharing is caring.
Sharing is caring.
SA pun makan vco ni...dah habis 2 botol..la ni duk sibuk habiskan barangan utk review...
ReplyDeleteWah... Ada yg sponsor. Bestnya. Rezeki tu.. Alhamdullilah...
Deleteoo ada dalam kapsul eh.. baru taw.. sy guna keluaran felda wellness punya.. neutrax.. tp lam bentuk minyak.. :)
ReplyDeleteHaah.. Sekarang mmg ada dlm bntk kapsul softgel...
DeleteWaaa. InsyaAllah mek try.
ReplyDeleteSelamat mencuba...
Deletesinggah pagi jumaat...|
ReplyDeleteminyak kelapa dara mmg terbaik..
Tq nieyl singgah sini. Mmg VCO is the best...
Deletemenarik
ReplyDelete^_^
Delete