Minuman sihat untuk ibu mengandung.

Sebenarnya, selain dari makanan yang seimbang, pengambilan minuman juga penting bagi memastikan baby dalam kandungan si ibu ni berkembang sihat. 

Banyak je kot minuman menyihatkan yang boleh diminum oleh ibu. Nak tau apakah minuman tu. Jom baca ni.

  1. Air kelapa merupakan minuman isotonik semulajadi yang bantu elak dehidrasi dari berlaku, selain dari melegakan dahaga, nak nak pulak musim panas ni kan. Ia dapat pulihkan badan kita dari keletihan, di samping kembalikan garam semulajadi yang hilang terutama bila si ibu berpeluh. Cikla mengandung yang keempat memang suka sangat minum air kepala. Kalau boleh tiap-tiap hari nak minum. Hehe.
  2. Minuman jus limau atau lemon dapat kekalkan hidrasi dan bekalkan vit. C supaya zat besi dapat diserap dengan lebih berkesan. Kalau ibu alami mabuk pun, elok minum jus ni dengan menambah daun pudina dan halia di dalamnya.
  3. Minumlah jus segar seperti oren dan tembikai, lebih lebih lagi masa cuaca panas. Segar je rasanya kan. Seeloknya minum jus buah yang diperah, sebab ia lebih kaya dengan nutrien. 
  4. Meminum susu memang sangat digalakkan semasa mengandung, sebab ia tersangatlah kaya dengan sumber kalsium, protein dan vit. B-12. Ia boleh dinikmati dengan makanan ringan yang sihat di antara waktu makan. 
  5. Jus sayur buatan sendiri juga bagus untuk ibu mengandung, lebih lebih lagi kalau ibu susah nak makan sayur. Tukar je sikit caranya, jadikan ia jus lepas tu sejukkan dulu, perghh memang sedaplah. Ia bukan saja segar tapi penuh dengan sumber nutrien. 
  6. Meminum air dengan buahan beku jugak baik untuk so mak buyong ni. Caranya senang je, just tambah buahan beku *oren, lemon, kiwi, pic, plum dalam air kosong. Ia menyejukkan dan beri sikit rasa buah bila ia mencair. Cubalah. 
  7. Minum teh air dengan hirisan lemon, lebih lebih lagi dalam cuaca panas sekarang ni lebih menyegarkan barangkali. Tapi, kena ingat teh mengandungi kafein, so kena 'agak agaklah' ye.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Take care!

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

4 comments:

  1. Aa. Bnyk mnum air buah. Kulit ank pn cntik. Ckup zat and vits.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jus homemade lg elok kan. Bkn jus yg dlm kotak tu..

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews