Memang betullah orang selalu cakap, kasih ibu membawa ke syurga. Begitu besarnya pengorbanan ibu sejak dari kita berada dalam kandungannya, diusung kita ke sana sini lebih lebih lagi bila perut semakin membesar.
Lepas tu, menahan kesakitan pulak waktu nak melahirkan kita. Lepas dah bersalin, jaga kita dari dua jari tapak kaki. Berjaga malam, kurang tidur, dan kalau kita sakit punyalah risaunya dia. Betul tak? Hmmm. Apa kata kita baca kisah yang cikla nak kongsikan ni.
SEORANG SUAMI MENGAJAK ISTERINYA MAKAN SEPERTI BIASA. "JOM SAYANG KITA PERGI MAKAN KAT SATU TEMPAT TU, SEDAP SANGAT MAKANANNYA DAN TEMPAT YANG SANGAT ISTIMEWA PULA."
ISTERINYA PADA MULANYA DIAM DAN TIBA-TIBA BERKATA, "SAYA SEBENARNYA LEBIH RELA ABANG AJAK SEORANG WANITA LAIN UNTUK MAKAN ISTIMEWA DENGAN ABANG... "
SUAMINYA TERKEJUT DAN BERTANYA SIAPA WANITA TERSEBUT.
ISTERINYA MENJAWAB, "AJAKLAH MAK ABANG. ABANG DAH TERLALU LAMA TAK MELUANGKAN MASA BERBUAL DAN MAKAN DENGAN MAK ABANG. SAYA SUDAH SELALU ABANG LAYAN SETIAP HARI TAK PERNAH TERLUPA. ABANG PERGILAH LAYAN MAK ABANG PULA."
SUAMINYA TERKEJUT BERCAMPUR SEDIH DAN AMAT TERHARU. DIA TELEFON IBUNYA DAN MENGAJAK IBUNYA. IBUNYA TERKEJUT TAPI SANGAT GEMBIRA. IBUNYA INGINKAN KEPASTIAN APAKAH BENAR HANYA MEREKA BERDUA SAHAJA. SI ANAK MENGIAKAN.
DIA PUN MEMBAWA IBUNYA MAKAN BERSAMA-SAMA DI TEMPAT ROMANTIK DAN ISTIMEWA ITU. MEREKA BERBUAL PANJANG. IBUNYA TERSENYUM PUAS DAN SANGAT GEMBIRA DAPAT MAKAN SERTA BERCAKAP-CAKAP PANJANG DENGAN ANAKNYA.
SI ANAK BERTANYA PADA IBUNYA, "OK KE MAK? MAK SERONOK KE?" JAWABNYA IBUNYA, "YA ANAKKU. SUSAH-SUSAH BAWA MAK KE SINI. SERONOK DAPAT BERCAKAP-CAKAP DENGAN KAMU."
SI ANAK PULAK BERKATA, "NANTI SAYA BAWA MAK LAGI YA?” JAWAB IBUNYA, "NANTI MAK PULA YANG AKAN BELANJA DAN AJAK KAMU KE SINI... " SETELAH ITU MEREKA PUN PULANG.
SI ANAK TERLALU SIBUK DENGAN KERJAYANYA. SIBUK DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK SETIAP HARI. TIDAK SEMPAT LUANGKAN MASA UNTUK MENELEFON IBUNYA YANG KESEORANGAN. JUMPA JARANG-JARANG SEKALI.
SATU HARI DALAM KESIBUKAN DIA TERKEJUT MENDENGAR IBUNYA SAKIT. DIA KELAM KABUT MENINGGALKAN KERJA KERANA DIA MASIH SAYANG IBUNYA. APABILA SAMPAI DI HOSPITAL IBUNYA TELAH MENINGGAL DUNIA. DIA SANGAT SEDIH DAN MENYESAL KERANA MENGABAIKAN IBUNYA.
TIDAK BERAPA LAMA KEMUDIAN, DIA MENDAPAT KAD DARI TEMPAT MAKAN ISTIMEWA ITU. TEMPAT MAKAN UNTUK DIA DAN ISTERINYA SUDAH DIBAYAR. MEREKA PUN MAKAN. MASA MAKAN DIA DAPAT SEKEPING NOTA DARIPADA ORANG YANG MENEMPAH TEMPAT ITU.
RUPA-RUPANYA TEMPAHAN DIBUAT OLEH ARWAH IBUNYA.
Antara isteri dan ibu sendiri. Sumber Google. |
KATA IBUNYA, "TERIMA KASIH GEMBIRAKAN MAK, WALAUPUN HANYA SEKALI LUANGKAN MASA KAT MAK. MAK NAK BALAS DAN TUNAIKAN JANJI MAK. MAK DAH TEMPAH KHAS BUAT KAMU DAN ISTERI KAMU. SELAMAT BERGEMBIRA WAHAI ANAKKU. "
LELAKI TADI DAN ISTERINYA MENANGIS TERESAK-ESAK.
ITULAH MAK.
YA ALLAH, TIDAK TERBAYAR PENGORBANAN MAK. TAK PERLU LAYAN MAK TIAP-TIAP HARI SEBAB KITA SANGAT-SANGAT SIBUK DENGAN KEHIDUPAN. TAPI SEKURANG-KURANGNYA BUATLAH SESUATU DAN GEMBIRAKAN HATI MAK, SEBELUM MAK PERGI.
MALAM HARI BERDOALAH DAN MENANGISLAH PADA ALLAH MOHON KEBAIKAN BUAT MAK. KADANG-KADANG ADA ORANG BERASA HEBAT BARU KHIDMAT SIKIT KAT MAK. BARU BAGI SEDIKIT SUMBANGAN KAT MAK, DAH RASA MEMADAI.
SEBENARNYA KITA BELUM BUAT BAIK KAT MAK. KITA CUMA BARU NAK BALAS JASA MAK. ITU PUN TAK TERBALAS SAMPAI BILA BILA.
MAK TUMPANGKAN KITA DALAM PERUT DIA SELAMA 9 BULAN. MAK BERSABUNG NYAWA NAK BAGI KITA LIHAT DUNIA NI, NAK BAGI KITA PERGI TADIKA, NAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH RENDAH, NAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH MENENGAH, NAK BAGI KITA BELAJAR DI UNIVERSITI, NAK BAGI KITA BEKERJA, NAK BAGI KITA BERKAHWIN, NAK BAGI KITA ADA ANAK. BUKAN NAK BAGI LUPAKAN DIA.
MAK MANDIKAN KITA DARI BARU LAHIR SEHINGGA 6 TAHUN. MAK TUKARKAN PAMPERS ATAU LAMPIN DARI BARU LAHIR SEHINGGA 3 TAHUN.
MAK MENYUSU SEHINGGA 2 TAHUN. MAK SUAP MAKAN SEHINGGA UMUR 3 TAHUN. MAK SIAPKAN MAKAN MINUM PALING KURANG 17 TAHUN. MAK BASUH BAJU DAN SETERIKA BAJU KITA SELAMA 17 TAHUN. MAK DUKUNG KITA 3 TAHUN. MAK CUCI NAJIS KITA 5 TAHUN.
MAK BERDOA BUAT KITA SELAGI MAK BERNYAWA. MAK SAYANG KITA SAMPAI KE AKHIRAT. TIADA KESUDAHAN.
KITA PULA SAYANG MAK, MACAMANA YA.
JADILAH ANAK SOLEH WAHAI ANAK-ANAK YANG MASIH ADA MAK. INI BUKAN PILIHAN. TAPI, PERINTAH ALLAH SWT, PERINTAH RASULULLAH SAW YANG WAJIB DAN TERAMAT BESAR TUNTUTANNYA.
HARGAILAH MAK KITA. SAYANGILAH MAK. MINTA MAAF KAT MAK. BUAT BAIK KAT MAK. CAKAP ELOK ELOK DENGAN MAK. JAGALAH HATI MAK. KUNJUNGILAH MAK. BERBUALLAH DENGAN MAK. HUBUNGILAH MAK WALAU SIBUK MACAMANA KITA.
Tapi, jangan lupa pulak dengan ayah. Besar jugak pengorbanan mereka mencari rezeki sesuap nasi untuk kita. Berpanas berhujan asalkan dapat bawak balik sekilo ikan untuk dibuat lauk.
MasyaAllah.
Cikla pun bukanlah datang dari keluarga yang senang. Masa kecik dulu cikla tengok sendiri macam mana kepayahan dan pengorbanan kedua mak abah cikla dalam membesarkan kami 6 beradik.
MasyaAllah.
Cikla pun bukanlah datang dari keluarga yang senang. Masa kecik dulu cikla tengok sendiri macam mana kepayahan dan pengorbanan kedua mak abah cikla dalam membesarkan kami 6 beradik.
Sumber : WhatsApp Group.
Masa diorang ada nie, hargailah mereka.. Sebab kalu ikatan perkahwinan boleh musnah dan bawa haluan masing, tapi ikatan pd ibu dn ayah takkan putus hingga hari akhirat... =)
ReplyDeleteBetul tu. Walau macam mana si anak tu buat ibu ayahnya, mereka tetap menerima dan memaafkan si anak...
Deleteterharu.
ReplyDeleteBtol btol. Tp ldg ade jgk yg lbh kn ibu bnding istri sndiri.
ReplyDelete