'santai tapi sampai'

Dalam pantang, ibu-ibu memang sangat digalakkan untuk memakai bengkung. Banyak kelebihannya. Nanti cikla cerita apa kelebihan memakai beng...

Bengkung SeriMama - Mudah dan fleksibel.

Dalam pantang, ibu-ibu memang sangat digalakkan untuk memakai bengkung. Banyak kelebihannya. Nanti cikla cerita apa kelebihan memakai bengkung SeriMama ni. Sebelum tu, cikla nak cerita pasal bengkung ni.

Bengkung SeriMama merupakan bengkung berzip yang mana ia direka untuk memudahkan ibu-ibu kalau mahu pergi ke tandas atau sebagainya. Macam mana cikla tau pasal bengkung ni? Nak dijadikan cerita, cikla terbaca pasal bengkung SeriMama ni di facebook. Memang niat dihati nak cari bengkung baru untuk dipakai masa berpantang anak ke-4 ni sebab bengkung yang lama is missing. Tak dapat dikesan keberadaannya di mana.

Bengkung SeriMama - Mudah dan fleksibel.
Bengkung SeriMama - Mudah dan fleksibel.

Bengkung SeriMama, mungkin ada yang ibu-ibu pernah dengar kot produk ni. Apalah agaknya keistimewaaan bengkung SeriMama ni ye? Sejujurnya, ini pertama kali cikla tau dan dengar pasal bengkung ni. Mungkin bengkung ni popular dah, cuma cikla je yang tertinggal keretapi. Hihi. Nak tau macam mana cikla tau pasal bengkung SeriMama ni? Sebenarnya, bila mak cikla cakap bengkung lama dah hilang jejak, hati ini mulalah gusar dan resah. *amboi dah macam apa dah kan. Hihi. So, cikla mulalah berkira-kira nak cari bengkung baru. Saja je scroll FB, kot-kot ada orang jual bengkung online kan. Lagipun rasa malas pulak nak marathon ke kedai. 

Tetiba, jeng jeng jeng. Cikla terpandang ada satu page buat promosi bengkung. Tapi bengkung ni lain sikit. Ada zip. Ermm, macam menarik je. Ada zip tu, belum pernah cuba ni. So, apa lagi dengan pantas cikla pm konon-konon nak tanya kalau kalau promosi masih berjalan. Wah, memang rezeki ciklalah ni. Masih lagi ada. Promosi pulak dengan harga murah dari biasa. Boleh beli online atau walk in je. Pujuk-pujuk encik suami, beliau bersetuju nak pergi terus je kedai tu. Wah, bestnya. Boleh jugak tengok-tengok barang baby yang lain. Sambil menyelam, minum air kata orang. Hihi.

So, dipendekkan cerita kali pun sampailah di butik tu. Kedai ni terletak di Seksyen 16, Shah Alam. Korang boleh pergi ke Fanpage Mom's House Babyshop. Klik SINI. Kalau nak shopping online, just pergi web diaorang. Klik SINI. Kat fanpage pun boleh shopping online jugak. Masa cikla pergi sana hari tu, kebetulan memang mereka tengah buat sale gila-gila punya, termasuklah bengkung SeriMama ni sekali. Korang bayangkan harganya jauh lebih murah. Uishhh, tak sia-sia jugaklah cikla pergi masa tu. Langkah kanan kata orang. Hihi. Selain dari bengkung, ada jugak beberapa barang lain cikla beli, untuk kegunaan masa berpantang. Dah-dah, jom kita cerita sikit pasal bengkung SeriMama ni. 

Bengkung SeriMama ni didatangkan dalam dua pilihan saiz iaitu;

  1. Saiz M - L yang mana 1 bengkung saiznya boleh di'adjust' dari M hingga L (M : 20 in x 42 in dan L : 20 in x 48 in).
  2. Saiz L - XXL yang mana 1 bengkung boleh di'adjust' dari L hingga XXL (L : 20 in x 48 in, XL : 20 in x 51 in dan XXL : 20 in x 56 in).

Untuk pengetahuan korang, 20 in tu adalah untuk ukuran panjang dari atas ke bawah, manakala 41 in dan 48 in tu pulak adalah untuk ukuran lebar bengkung dari kiri ke kanan. Kalau saiz pinggang korang 45 in, elok guna saiz M - L sebab is boleh di'adjust'kan. Andai kata saiz badan korang dah mengecil sikit, bolehlah adjust ke saiz M. 

Korang nak tau tak, kenapalah bengkung SeriMama ni special banyak dari bengkung-bengkung yang lain? Meh sini cikla habaq ni. Bengkung ni mempunyai zip di tepi yang mana jahitannya tak mudah terbuka bila kita mengikat bengkung tu ketat-ketat nanti. Dengan adanya zip itu, ia akan memudahkan kita untuk pergi ke tandas tanpa membuka kembali ikatan bengkung. Just bukak zip je. Senang kan? 

Ia diperbuat dari kain yang mempunyai lebar sampai ke bawah. So, bila kita pakai nanti ia akan cover sampai bawah punggung kita. Kainnya pulak diperbuat dari kain belacu yang berkualiti dan sedap dipakai. InshaAllah, dengan memakai bengkung SeriMama ni ia dapat membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan bentuk badan kita. 

Bengkung SeriMama - Mudah dan fleksibel.
Bengkung SeriMama - Mudah dan fleksibel.

Bengkung SeriMama - Mudah dan fleksibel.
Bengkung SeriMama - Mudah dan fleksibel. Cikla main belasah je ikat. Janji kemas dan selesa.

Cerita panjang-panjang tak guna jugak kalau tak bagitau berapa harganya. Betul jugak tu kan. Harga penting tu. Untuk pengetahuan korang bengkung SeriMama ni berharga RM70 sehelai. Tapi, kalau korang nak beli borong, harga dah jadi RM180 untuk 3 helai. So, kalau nak jimat beli share dengan kawan-kawan. Dah jimat RM10. Betul tak? 

Tapi, masa cikla beli harga promosi, so murahlah sikit. Korang nak tau berapa hinggit cikla beli bengkung SeriMama ni? Hanya dengan harga promosi RM45 aje. Tapi, cikla beli di kedailah. Bukan beli onlineUntuk more info korang boleh pergi ke Fanpage diaorang. Boleh shopping online jugak. Just click click click. Laman web diaorang pun ada sekali tu.

Bengkung SeriMama - Mudah dan fleksibel.
Bengkung SeriMama - Mudah dan fleksibel.

Kalau korang rasa macam rajin nak walk-in ke kedai diaorang pun boleh. Kedainya berdekatan dengan JPJ & PUSPAKOM Seksyen 7 Shah Alam  & Padang Jawa, satu row dengan kedai mee Tarik Warisan dan GIO FABRIC. Nah, ni alamatnya.

Mom's House Babyshop, 
Blok G-37-G, Alam Avenue 2,
Jalan Serai Wangi L16/L,
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

So, pada yang tengah mencari bengkung tu, apa kata usha usha Mom's House Babyshop ni. Manalah tau terberkenan pulak kan. Cikla memang rekmen ni, sebab cikla dah dan sedang guna bengkung SeriMama ni dalam pantang sekarang ni. 

Selamat berbengkung.

6 comments:

  1. oo, masuk list la. mek nk pun duk survey bengkung jugak ni. kalau 45 affordable :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Mek dh dpt harga offer kena tunggu promosi. Rm45 tu harga promosi yg cikla beli di kedai. Kalau harga biasa dalam rm70 gitu...

      Delete
  2. Salam...terima kasih kerana membeli di mom's house...fyi..start ari jumaat ni kami akn ade sales lg kaw2...jualan cuci gudang...so bole check out di fb and website...harga promo akn diupdate di web pd ari jumaa 25 nov 2016

    ReplyDelete
  3. I read this paragraph fully about the resemblance of latest and
    earlier technologies, it's remarkable article.

    Dapatkan Informasi Seputar Rokok Elektrik dan juga Harga serta Spesifikasinya

    ReplyDelete
  4. It's a pity you don't have a donate button! I'd without a doubt donate to this outstanding blog!
    I suppose for now i'll settle for book-marking and adding your
    RSS feed to my Google account. I look forward to fresh updates and will share this site with my Facebook group.
    Chat soon!

    Dapatkan Informasi Seputar Rokok Elektrik dan juga Harga serta Spesifikasinya

    ReplyDelete
  5. murahnya dapat rm45. tengah gigih membaca review bengkung ni. berminat nak beli bengkung ada zip ni. semoga tidak culas dalam berpantang

    ReplyDelete