Biarlah rahsia....

Rasanya cerita mengenai bekas dj radio Hotfm, Fara Fauzana (Fafau) yang tak jadi nak nikah ni boleh dikatakan hangat jugaklah diperkatakan. Biasalah kan, kalau orang popular, peminat mesti nak tau kan. Tak kiralah kisah peribadi ke, kerjaya ke. Betul tak? 

Cikla minat jugaklah dengan cik Fafau ni, tapi takdelah 'kipassusahmati' kata orang. Hehe. Tertau pun sebab, terbaca cerita ni kat surat khabar. Sebenarnya, sebelum ni masa cik Fafau ni cakap nak kawin, memang agak terkejut jugakkan.

Bukan apa, iyelah tak pernah pulak cikla dengar dia berkawan atau bercinta dengan sesiapa, tetiba je nak kawin. Itulah, orang cakap dah perkara baik kita sokong ajelah demi kebaikan mereka jugak. Bina masjid, dapat pahala. 

Tapi, bila terdengar cerita dia tak jadi pulak nak kawin, semua dah pelik. Mulalah macam macam cerita timbul. Kalau betul tak apalah, tapi kalau tak betul? Kan dah dapat dosa free free je.

So, kita hormatilah keputusan cik Fafau ni nak rahsiakan aje sebab kenapa dia amik keputusan macam tu. Orang cakap bagilah ruang dan peluang pada dia untuk tenangkan diri. Lagipun, siapa yang tak sedih bila apa yang dirancangkan tak jadi saat saat akhir kan. Orang cakap tinggal seminggu je majlis nikah, lepas tu cancel pulak. Sedih ooooo.

Cikla tengok dia ni tabah dan kuat orangnya. Tengok muka dua kat paper ni pun, tenang je bila reporter ajukan macam macam soalan dekat dia... *reporter biasalah diaorang jalankan tugas diaorang cari cerita best kan... 

Pada cik Fafau, cikla doakan awak tabah dan sabar hadapi dugaan ni. Mungkin ni ujian untuk awak. Sabar dan doa, ok. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. Allah tau apa yang tersirat dan tersurat. Lagipun, orang cakap kita hanya merancang, tapi Allah menentukan. 

Biarlah hanya awak dan Allah yang tau sebab sebenarnya kenapa awak buat camtu.

4 comments:

  1. Biarlah rahsia.Doakan yg terbaik buat FF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Bukan semua kita boleh kongsi dengan org lain. Lebih lebih yg personal.

      Delete
  2. Dia tahu yg trbaik ntuk diri dia. InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.... Doakan aje yg baik baik kan.. Lgpun jodoh pertemuan di tgn Allah...

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews