Betul jugak kata orang malang tak berbau. Satu berita menyayat hati membabitkan seorang kanak kanak yang terkorban sebab mengalami kecederaan parah di kepala selepas tercampak ke arah kereta yang dinaiki mangsa dan menembusi cermin depan lalu kena ke kepala kanak kanak malang itu.
Mangsa dikatakan duduk bersama ibu di bahagian tempat duduk hadapan semasa kejadian berlaku.
Menurut ayah mangsa, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia memang tak perasan macam mana batu tu boleh ada. Keadaan jadi panik bila berlaku letupan, diikuti dengan jeritan dua anaknya yang duduk di bahagian belakang.
Sejurus itu, dia memperlahankan kereta untuk elakkan kemalangan berlaku. Mangsa di bawa ke hopital Kota Tinggi sebelum dipindahkan ke HSA sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya.
Surah Al-Fatihah. |
Mangsa selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Kebun Teh tengah hari semalam. Al fatihah untuk adik Muhammad Afiq Qayyum, dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin. Kepada keluarga mangsa, salam takziah dan bersabarlah dengan dugaan serta ujian ini..
Sumber : Harian Metro.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. Salam takziah pada keluarga mangsa...Al-Fatihah
ReplyDeleteSubhanallahhhh.. Ya Allah, betul kau syg dia lebih, namun berilah ketabahan pada ibu bapanya.
ReplyDeleteYa Allah. Hanya kerana seketul batu. Semoga tabah keluarga arwah. Salam takziah.
ReplyDelete