'Santai Tapi Sampai'

29 September 2016

Merawat demam, selsema dan batuk berkahak pada baby.

Baby yang masih kecil kadang-kadang boleh mengalami demam, selsema dan batuk berkahak. Kesian kan, bila tengok kecik-kecik lagi dah kena selsema. Kalau batuk pulak, sampai tak lena tidur. Kejap-kejap bangun, kejap-kejap bangun. Kahak pulak makin banyak. Kalau kita yang dewasa ni, bolehlah nak buang kahak tu, tapi baby? Makin lama pulak kahak makin banyak.

Apa yang cikla tau, dari sudut perubatan demam adalah isyarat yang ditunjukkan oleh badan kita untuk memberitahu sesuatu, seolah-olah ada organ sedang mengalami masalah atau tengah sakit. Hal ni memang tak boleh dipandang remeh dan perlu diberi perhatian terutamanya baby dan kanak-kanak yang masih kecil.

Merawat demam, selsema dan batuk berkahak pada baby.
Merawat demam, selsema dan batuk berkahak pada baby. Kredit Google. 

Sebagai langkah awal, kita boleh mencuba teknik yang cikla nak share ni. Ia penting supaya kita dapat mengawal penyakit '3 bersaudara' ni sebelum mendapatkan rawatan yang lebih spesifik. Apakah cara itu? Jom baca.

  1. Ambil cecair yang mencukupi seperti susu dan air sebab ia memang penting selain untuk mengelakkan badan mengalami dehidrasi (kurang air).
  2. Lakukan jelum kepada anak yang demam terutama pada bahagian kepala, leher, ketiak, belakang badan serta celah peha secara berulang-ulang dengan mengunakan air biasa. 
  3. Sentiasa memantau suhu badan anak. So, kalau boleh setiap rumah kena ada termometer.
  4. Lakukan rawatan terapi saraf, iaitu dengan cara tekan point-point saraf yang terlibat pada anggota badan anak. Buat berulang-ulang sebab cara ni amat membantu untuk menurunkan suhu badan, memulihkan selsema serta menyahkan kahak yang melekat pada paru-paru. *untuk detail pasal rawatan terapi saraf ni, cikla cadangkan eloklah tanya pada yang pakar, ok.
  5. Jelum kepala anak dengan daun bayam yang diramas serta mandikan anak untuk menurukan suhu badan.
  6. Beri anak minum air kelapa dan air madu untuk menyingkirkan kahak. Seeloknya, minum sejurus dibuka kelapanya sebab dikatakan khasiatnya masih dalam keadaan yang baik.
  7. Sapukan minyak habatussauda pada dada dengan teknik "buka buku" dari tengah dada ke luar.
  8. Pakaikan anak dengan pakaian nipis. 

Bagi cikla, apa terpenting adalah "perhatian" kita sebagai ibu dan ayah kepada mereka terutama bila mereka sedang sakit. Selain ia penting untuk memantau keadaan kesihatannya, ia juga penting sebagai "terapi" semulajadi sebab ikatan istimewa yang terjalin antara mereka dapat mempercepatkan proses penyembuhan, InshaAllah.

6 comments:

  1. nice info cik la. mek pn jelum jugak kepala ank. bg sejuk sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bdk kecik ni risau Sgt kalau suhu terlalu tinggi. lagi lagi baby. boleh kena sawan...

      Delete
  2. Thanks cikla sharing :) siqah belum ada rezeki anak lagi. Tapi siqah save semua pasal baby di pocket. Senang nak refer di masa akan datang. Insyallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah... usaha dan DOA.. lgpun Siqah muda lagi kan.....

      Delete