Kenapa kita tak boleh berhenti bercakap tentang P. — Suara kecil yang tak patut senyap.

Tipulah kalau hati kita tak terusik sedih bila tengok berita penuh luka mengenai negara ๐Ÿ‰. Rasa sedih bila buka media sosial je dan nampak lagi gambar mayat, runtuhan, tangisan anak kecil di bawah langit G.

Jadi, jangan pernah berhenti share, bercakap, bercerita mengenai ๐Ÿ‰. Sebab, bila kita berhenti bercakap, itulah saat dunia mula lupa.

Isu ๐Ÿ‰ bukan isu semalam. Ia bukan sekadar konflik politik. Ia adalah kisah kemanusiaan. Tentang hak, tanah, maruah dan kehidupan yang dirampas sedikit demi sedikit. 

Setiap kali kita diam, satu lagi ruang terbuka untuk kezaliman terus berakar tanpa bantahan. Dan setiap kali kita bersuara, walau sekadar satu perkongsian kecil di media sosial, itu tanda bahawa hati kita masih hidup.

Kita mungkin tak mampu berdiri di sempadan R, berjuang merentas lautan bersama sahabat Smd kita, tak mampu hulurkan bantuan dengan tangan sendiri, tapi suara kita adalah bentuk solidariti paling mudah dan paling bermakna. 

Kenapa kita tak boleh berhenti bercakap tentang P. — Suara kecil yang tak patut senyap.

Bila ramai bersuara, dunia terpaksa mendengar. Bila ramai menulis, membaca dan tidak berhenti menyebut nama ๐Ÿ‰, maka perjuangan itu terus hidup dalam hati, dalam sejarah dan dalam doa.

Bercakap tentang ๐Ÿ‰ bukan bermakna kita lupa tentang bangsa lain. Ia bermakna kita menolak kezaliman. Ia tanda kita masih ada nilai kemanusiaan yang tak boleh dibeli. Dalam dunia yang penuh propaganda dan cubaan menutup kebenaran, terus bercakap ialah bentuk perlawanan. Ia bukti bahawa kita masih berpihak pada yang benar.

Jadi, walaupun feed media sosial ada masanya makin sunyi dengan kisah ini, teruskan bercakap. Walaupun tiada siapa like atau share, teruskan tulis. Walaupun suara kita terasa kecil, percayalah setiap suara kecil itu bila digabungkan, mampu jadi lautan gema yang menakutkan kezaliman.

Kerana bila kita berhenti bercakap, dunia benar-benar akan berhenti peduli. Dan bila dunia berhenti peduli, mereka di sana akan berjuang sendirian.

Jadi, jangan pernah senyap. Terus bercakap. Terus doakan. Terus hidupkan nama ๐Ÿ‰ sampai hari mereka benar-benar bebas.

Free ๐Ÿ‰!

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews