6 September 2016

Siapa Safiey Ilias?

Sejujurnya, cikla tak kenal siapa dia ni sebelum ni. Tapi, bila cerita dia kembali menjadi lelaki kembali jadi viral sebelum ni, cikla google jugaklah sebab nak tau siapa dia ni. Rupanya dia ni merupakan seorang usahawan dan jutawan kosmetik brand Perlaking. 

Sebelum ni memang cikla tak pernah dengar pun pasal brand ni, maklumlah cikla bukanlah peminat tegar brand kosmetik yang mahal mahal ni. Hehe.

Muda lagi dia ni rupanya. Cikla memang kagum sangat dengan pencapaian dia dan apa yang dia ada sekarang. Dalam usia muda, dia dah ada segala galanya. Tapi, cikla percaya untuk dia capai semua ni memang bukan mudah kan. Mesti ada 'cerita' disebalik kejayaan dia sekarang. 

Orang cakap, berakit rakit ke hulu, berenang renang ketepian. Bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. Anak anak muda sepatutnya mencontohi usaha gigih dia kalau nak berjaya. Yang baik jadikan tauladan, kata orang.

Safiey Illias, pengasas perlaking
Siapa Safiey Ilias? Sumber : SINI.

Sebenarnya cikla bukan nak cerita pasal ni, tapi nak cerita pasal isu yang boleh dikatakan hangat diperkatakan dan diperbincangkan di laman sosial sekarang ni. Isu apa tu ye..  

Isu yang mana adik Safiey ni dah kembali semua menjadi yang dulu. Menjadi apa? Menjadi seorang 'perempuan'. Allahuakbar. Mungkin isu ni isu sensitif bagi sesetengah orang, tapi be open minded dan jangan cepat menghukum. 

Kalau sebelum ni, semasa dia kembali kepada fitrahnya, ramai yang memuji dan kagum dengan tindakannya dan kebanyakannya mendoakan agar dia terus istiqamah dengan perubahan itu. Tapi, betul jugak kata orang, manusia ni kadang kala lemah imannya. Kalau tak kuat, maka tewaslah dia...

Cikla taknak komen yang negatif, mungkin apa yang berlaku hanya dia dan Allah yang tau sebabnya, tapi biasalah manusia kan, lebih suka mengeji. Tak salah kalau kita nak menegur dan memberi nasihat, tapi biarlah kena caranya. Cara berhemah, dan menggunakan bahasa yang elok dan baik. 

Janganlah nak hina atau keji, sebab kita pun manusia biasa jugak, tak lepas dari buat silap. Memang itu salah dia sebab amik keputusan begitu, tapi kalau kita cakap elok elok mungkin lambat laun pintu hatinya terbuka untuk kembali kepada yang asal.

Cikla bukan nak cakap cikla 'menyokong' semua tindakan dia. Tapi, rasanya kita perlu bagi dia ruang untuk diri dia sendiri. Macam dia sendiri cakap, "jadi baik pun orang kutuk, jadi jahat apatah lagi... " So, cikla rasa better bagi dia space untuk dia berfikir.

Safiey Illias, pengasas perlaking
Siapa Safiey Ilias? Sumber : facebook.com.  (klik SINI)

Safiey Illias, pengasas perlaking
Siapa Safiey Ilias? Sumber : facebook.com.  (klik SINI)
Safiey Illias, pengasas perlaking
Siapa Safiey Ilias? Sumber : facebook.com.  (klik SINI)
Safiey Illias, pengasas perlaking
Siapa Safiey Ilias? Sumber : facebook.com.  (klik SINI)

Kepada adik Safiey, cikla doakan semoga pintu hati adik terbuka untuk kembali kepada fitrah. Mungkin sebelum ni hati adik belum cukup kuat untuk betul betul berubah dan istiqamah ditambah pulak dengan penerimaan orang yang mungkin 'tak suka' dengan awak. 

Apa yang terbaik, pedulikan cakap orang sebab orang akan memang mengata tak kira kita melakukan baik atau sebaliknya, yang penting Allah tau niat kita dan Dia akan sentiasa bersama kita.

Lagi satu, ingatlah kepada kedua ibu bapa adik. Mereka tentu sedih kan bila tau adik kembali kepada dulu. Pastinya mereka juga tak pernah berhenti berdoa supaya adik jadi seperti yang asal, dan pastinya mereka mesti merindukan saat saat adik kecik dulu sebagai seorang anak lelaki. 

Cikla akui, cakap memang senang tapi nak  buatnya bukan tentu mudah. Itu sebabnya kita disuruh sentiasa berdoa kepadaNya supaya memudahkan semua urusan kita. Amin.

Semoga ini jugak menjadi pengajaran kepada kita semua. 

#jangankecamsayainicumapendapat
#lainoranglainpendapat
#semogadiamendapathidayahAllah

6 comments:

  1. Ya Allah sebak di dada..sedih sangat-sangat..sorang lg umat tewas dlm penghijrahannya T_T..jgn la pula ad lg slps ni..sedihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah membukakan kembali pintu hatinya utk kembali kpd fitrah...

      Delete
  2. Terkejut jugak dengar berita ni.. Moga dia diberi petunjuk dan rahmat kembali kepada fitrah asalnya.. Insyaallah... Ramai2lah doa untuk dia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Terus viral Cerita ni... InshaAllah.... Amin...

      Delete
  3. moga safiey kembali sedar semula dan berubah menjadi lelaki semula..amin

    ReplyDelete