5 September 2016

Cuci muka cara yang salah?

Nak cuci muka pun ada kaedahnya ye kawan-kawan. Walaupun nampak macam senang je, tapi tak boleh dinafikan ada jugak yang 'salah' masa mencuci muka. 

Bila tengok caranya, ala senang je. Ambil air basahkan muka, picit sikit cleanser pastu gosok ke seluruh muka, then bilas sampai bersih. Dah siap. 

Tapi, sebenarnya kekdahnya lebih dari langkah di atas tu. Korang nak tau apa salah dan silapnya? Meh baca ni.

Cuci muka cara yang salah?
Cuci muka cara yang salah? Sumber Google.

Ada beberapa kesalahan yang mungkin kita lakukan semasa mencuci muka, iaitu salah pilih produk pembersih muka. 

Seeloknya, produk yang digunakan mampu menanggalkan kotoran lebih-lebih lagi kesan makeup, di samping ia tak kurangkan kelembapan kulit korang tu. Silap haribulan, dek kerana salah pilih kulit jadi lebih kering dan berlaku iritasi. Dah masalah lain timbul pulak nanti.

Selain itu, suhu air yang digunakan masa mencuci muka salah. Orang cakap, air panas akan membuka liang pori manakala air sejuk pulak akan menutup liang pori, walaupun hakikatnya liang roma tak ada otot untuk terbuka atau tertutup. 

Air panas akan menjadikan kulit lebih kering. Apa yang disyorkan adalah gunakan air suam semasa korang bersihkan wajah. Itulah yang lebih baik sebenarnya.

Kalau korang nak tau, penggunaan scrub terlalu kerap itu salah sebenarnya. Memang tak dinafikan produk pengelupasan memang berupaya menanggalkan sel kulit mati, tapi ia tak digalakkan guna selalu. Cukuplah gunakan ia 2 atau 3 kali seminggu je.

Sebaiknya korang jangan menggosok muka dengan tuala. Walaupun ia menjadikan kita lebih selesa, tapi sebenarnya ia akan menyebabkan tahap 'elastik' kulit berkurangan. 

Kesannya, kulit lebih cepat nampak kendur. Cukuplah sekadar 'pedap' je muka dengan tuala, tak payah gosok-gosok sental bagai.

Bagi cikla, kalau kita tak tau tu eloklah bertanya pada yang tau. Bukan apa, nanti kita akan melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

Betul tak?

Sumber : Ruangan Sekilas Cantik.

8 comments:

  1. yg tuala tu slalu tonyoh je :) hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe. Itulah yg kita selalu buat kan? Hihi

      Delete
  2. betol tu. lagi2 muka sensitif mcm saya ni. memang kene betol2 teknik basuhan muka tu. kalau tak habis laa... hohoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Org perempuan, begitulah. Kalau bab bab mcm ni mmg terlalu alert... Betul x..

      Delete
  3. ini cara cuci muka..cuci muka..*lgu didi n friends

    tq 4 shring cikla^_^

    ReplyDelete
  4. tengok atas scrub ada yang boleh di gunakan setiap hari , ada yang 2-3 kali seminggu sekali je,
    bergantung jenis scrub tu sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Tp yg biasa cikla tau scrub mmg tak digalakkan guna secara kerap..

      Delete