Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12. Rabiulawal, bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Semasa baginda berusia 5 TAHUN :
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
Semasa baginda berusia 6 tahun :
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
Semasa baginda berusia 8 tahun :
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
Semasa baginda berusia 9 tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun) :
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
Semasa baginda berusia 20 tahun :
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184 -187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
Semasa baginda berusia 25 tahun :
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
Semasa baginda berusia 35 tahun :
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Semasa baginda berusia 40 tahun :
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
Semasa baginda berusia 53 tahun :
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
Semasa baginda berusia 63 tahun :
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
Siapakah isteri-isteri Rasulullah SAW?
- Khadijah Binti Khuwailid.
- Saudah Binti Zam'ah.
- Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
- Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
- Zainab Binti Jahsy.
- Maimunah Binti Harith.
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).
Siapakah anak-anak Rasulullah SAW?
- Qasim.
- Abdullah.
- Ibrahim.
- Zainab.
- Ruqaiyah.
- Ummi Kalthum.
- Fatimah Al-Zahra'.
Siapakah anak tiri Rasulullah SAW?
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
Siapakah saudara sesusu Rasulullah SAW? Ibu susuan/saudara susuan :
- Thuwaibah - Hamzah
- Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
Saudara susuan :
- Halimah Al-Saidiyyah - Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib.
- Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
- Syaima' binti Harith bin Abdul ' Uzza
- 'Aisyah binti Harith bin Abdul 'Uzza
Siapakah bapa dan ibu saudara Rasulullah SAW (Anak-anak kepada Abdul Mutallib)
- Al-Harith
- Muqawwam
- Zubair
- Hamzah ***
- Al-Abbas ***
- Abu Talib
- Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
- Abdul Ka'bah
- Hijl
- Dhirar
- Umaimah
- Al-Bidha (Ummu Hakim)
- Atiqah ##
- Arwa ##
- Umaimah
- Barrah
- Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
(*** Sempat masuk Islam).
# Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya).
Biodata Nabi Muhammad SAW. Sumber Google. |
Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga..." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Salam Maulidur Rasul. Semoga kita semua beroleh syafaat baginda di akhirat kelak. Aamiin.
Sumber WhatsApp group.
0 comments: