Advertisement

Mudahnya sunnah Rasulullah SAW.

MUDAHNYA SUNNAH RASULLULAH SAW. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasul, kita sememangnya sangat digalakkan dan dituntut untuk mencontohi peribadi dan sunnah baginda Rasulullah SAW. Pada cikla, sunnah baginda bukannya susah sangat. Ianya sangat senang untuk diikuti. Apa kata kita semak apakah sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita jadikan amalan hidup kita. Jom baca sampai habis tau...

Mudahnya sunnah Rasulullah SAW.

Mudahnya sunnah Rasulullah SAW.

Sunnah - 1;
  • Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
  • Tutup kepala bila masuk tandas.

Sunnah - 2;
  • Kibaskan tempat tidur.
  • Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
  • Kepala menghadap kiblat.
  • Baca doa tidur.

Sunnah - 3;
  • Minum dgn tangan kanan.
  • Minum duduk.
  • Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Sunnah - 4;
  • Datang awal ke masjid.
  • Berjalan kaki ke masjid.
  • Berwuduk dari rumah.
  • Baca doa masuk dan keluar masjid.

Sunnah - 5;
  • Masuk tandas pakai alas kaki.
  • Buang air duduk.
  • Masuk tandas tak boleh lama-lama.
  • Jangan makan dan minum dalam tandas.

Sunnah - 6;
  • Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
  • Kemas tempat tidur.
  • Bersihkan diri.

Sunnah - 7;
  • Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
  • Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampah, 1 bidadari di syurga kelak.
  • Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg dilakukan di dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.

Sunnah - 8;
  • Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas; "Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini..." 
  • Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
  • Melabuhkan pakaian.
  • Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
  • Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Sunnah - 9;
  • Sebelum tidur ambil wuduk.
  • Maafkan semua kesalahan orang lain dan halalkan hutang piutang.
  • Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan. 
  • Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah ke kiri dan doa dijauhkan.

Sunnah - 10;
  • Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
  • Beri salam 3 kali bila bertamu ke rumah sahabat-sahabat. 
  • Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah itu hilang.
  • Bila marah ambil wuduk.

Sunnah - 11;
  • Tutup aurat ketika memasak.
  • Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
  • Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
  • Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik untuk ibu yang ingin membentuk anak-anak).

Sunnah - 12;
  • Basuh tangan sebelum makan.
  • Makan buah dahulu baru makan nasi.
  • Makan secara berjemaah, makan dengan  famili lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
  • Makan makanan yang ada di hadapan jangan capai yang jauh-jauh.

Sunnah - 13;
  • Memotong kuku pada hari Jumaat.
  • Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar. 
  • Mandi sunat Jumaat.
  • Memakai pakaian terbaik untuk  sembahyang Jumaat.
  • Memakai wangi-wangian.

Sunnah - 14;
  • Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
  • Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
  • Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
  • Selepas makan terus basuh pinggan.
  • Puasa Isnin dan Khamis.

Sunnah - 15;
  • Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
  • Jangan gunakan cawan yang sumpik atau pecah.
  • Jangan tiup ke dalam air panas untuk sejukkannya.
  • Jangan minum dalam bekas yang besar seperti jug air dan botol yang besar.

Sunnah - 16;
  • Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
  • Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
  • Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
  • Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.

Mudahnya sunnah Rasulullah SAW. Jom amalkan.

Sumber WhatsApp group.

Post a Comment

1 Comments