Memang tak dinafikan di mana-mana kedai telefon kita mesti nampak pelbagai jenama telefon secondhand (terpakai). Mungkin sesetengah orang yang kurang bajet nak beli telefon baru, mesti mencari-cari telefon sebegini.
Iyelah, cikla percaya semua orang mesti teringin nak pakai telefon yang agak popular kan, tapi kalau beli yang ori memanglah mahal tu giler. Ribu riban kot.
So, dengan adanya lambakan telefon secondhand (terpakai) ni, bolehlah memenuhi impian korang tu.
Cikla dulu pun pernah jugak pakai telefon terpakai ni, tapi lupa pulak brand apa. Hehe. Sebenarnya, telefon secondhand (terpakai) ni bukannya tak bagus. Biasanya, telefon sebegini tak mempunyai masalah dari segi perisian di dalam telefon tersebut, mungkin sesetengahnya mengalami sedikir calar di skrinnya.
Ada beberapa tips yang korang boleh guna sebelum korang nak beli telefon secondhand (terpakai). Bukan apa, kita nak jugak pakai lama kan telefon ni walaupun kita beli secondhand.
Nak tau tipsnya? Jom baca sampai habis ye.
- Check physical button seperti power button, bunyi dan camera ok ke tak.
- Check paparan bagi mencari piksel mati. Korang boleh gunakan apps YAMT untuk Android dan apps TEST & CHECK untuk iOS bagi memastikan skrin sesentuh itu boleh menerima input serentak daripada 10 jari.
- Test buat panggilan telefon untuk check speaker telinga dan mikrofon. Korang boleh juga try guna port audio menggunakan headset.
- Check wifi dan Bluetooth connection.
- Try bukak YouTube untuk check keadaan speaker utama.
- Check sensor dengan menggunakan beberapa apps seperti CPU-Z untuk Android dan Sensor Kinectics untuk iOS.
- Check GPS dengan menggunakan GPS Test untuk Android atau GPS Status untuk iOS.
- Check fungsi storan dan mikroSD dengan menggunakan file Explorer.
- Lastly, korang jangan lupa check camera depan belakang dan pastikan fungsi seperti autifocus laser, zoom luar dalam berfungsi dengan baik.
Lepas ni kalau korang nak beli telefon secondhand (terpakai) boleh guna tips yang cikla dah share tu. Semoga bermanfaat ye.
Sumber IT@Metro.
Dah lama tak beli hp secondhand sebab for sure dah ada yang rosak. Beli yang baru, original terus boleh pakai lama
ReplyDeleteYup. Ni option utk org yg terpaksa beli tp bajet cukup2. Hehe
DeleteBoleh djadikan panduan kepada yang berhajat nak beli hp terpakai.
ReplyDeleteIye WP. Semoga ia dijadikan panduan berguna utk mereka yg berkenaan.
Deletetips yg baguss...
ReplyDeleteSemoga bermanfaat.
Deletesangat bermanfaat. terima kasih kongsi tips :)
ReplyDeleteSemoga bermanfaat. Sama-sama..
DeleteTips yang sangat berguna..
ReplyDeletebetoi kalau terdesak..bagus juga tips ni.
ReplyDelete