Makan buah boleh kurus?

By Cikla Shahril - November 07, 2017

Cikla percaya semua orang nak kurus kan. Sebenarnya, niat nak kurus ni bukan hanya nak nampak cantik, tapi lebih kepada kesihatan diri. Bukan cikla nak cakap semua orang yang badan berisi ni berpenyakit, tapi kebanyakan orang yang mempunyai badan sebegini lebih berisiko mendapat penyakit.

Ada orang, nak diet je makan buah. Nak kuruskan badan je, makan buah. Tapi, mungkin korang tak tau yang ada buah yang boleh membuatkan badan korang semakin montel. Tak percaya? 

Tapi, memang ada tau, sebab bukan semua buah mempunyai kandungan gula dan serat yang sama.

Makan buah boleh kurus?

Kalau korang nak tau, menurut seorang perunding kesihatan Harley Pasternak, buah yang boleh membantu menurunkan berat badan kita mestilah mengandungi serat yang banyak sebab ia akan menjadikan kita sentiasa kenyang dalam tempoh yang lama. 

Sebaiknya, pilih buah yang mempunyai kulit serta bijinya yang boleh dimakan sebab ia akan menghasilkan kesan min dalam peningkatan gula dalam darah, memberikan tenaga dan lebih lama dihadamkan.

Buah yang boleh dimakan kulitnya adalah seperti plum, pic, pear dan epal. Manakala, buah yang boleh dimakan bijinya adalah seperti strawberi, kiwi dan delima. 

So, kalau korang nak menurunkan berat nadan seharusnya kurang memakan buah yang mengandungi tinggi kalori seperti betik, mangga, nenas dan pisang. Kurang bukan maknanya korang kena lupakan terus buah-buahan tu semua, tapi hadkan pengambilannya iaitu dalam kuantiti yang sedikit.

Macam mana nak elakkan pengambilan buah yang menyebabkan berat badan korang naik? Ada beberapa cara yang sebaiknya korang elakkan, iaitu;

  1. Elakkan pengambilan buah kering yang mana ia sumber serat yang tinggi kerana ia mengandungi sikit air tapi tinggi kalori. Kalau korang nak tau, dalam 57 gram buah ini mengandungi lebih 100 kalori. Contoh : kismis, aprikot dan plum. 
  2. Untuk pengetahuan korang, sebiji buah limau saiz sederhana terkandung 62 kalori dan 3.1 gram serat. Tapi, ia akan berubah bila korang menjadikan buah limau tu sebagau jus. Kalorinya dan seratnya terus berubah iaitu menjadi 108 kalori dan 0 serat. 
  3. Wah, sedapnya kek pisang kan? Tapi, korang mesti tak percaya kek pisang tu sudah berubah menjadi makanan yang tinggi kalorinya disebabkan adanya mentega, gula dan cheese di dalamnya. So, kehadiran buah pisang tu macam dah takde makna dah.

Cikla rasa sebab itulah orang cakap apa yang bagus adalah makan buah sebelum makan. Ia akan membantu kita rasa cepat kenyang. Tapi, kebanyakan orang makan buah selepas makan. Pencuci mulut katanya. Betul tak?

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Kelab Diet.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Memang nabi kita ajar makan buah dulu sebelum makan.
    Mungkin itulah tujuannya.

    ReplyDelete
  2. Makan apa pun kita perlu bersederhana kan

    ReplyDelete
  3. Kalau selalu makan pisang goreng lg lah bertambah gemuk kan..adoiii

    ReplyDelete
  4. Makan buah memang boleh kurus..tapi kena ambil nasi jugak sesekali bagi balance

    ReplyDelete
  5. buah jd jus yang xde serat bila kita buang seratnya melalui slower juicer. tp kalau nak dptkan serat ms buat jus, guna blender yang tak asingkan serat tu.

    ReplyDelete
  6. Menarik ini.. Kena banyakkan makan buah segar.. Hehehe.. Ambil sebagai snek pun bagus juga..

    ReplyDelete