'santai tapi sampai'

Amboi, yakin sungguh tajuk entri ni ye. Hehe. Seingat cikla, last cikla pergi temuduga kira-kira 8 tahun lalu. Huishhh. Lama dah.  Sebenar...

Cara menghadapi temuduga dengan yakin.

Amboi, yakin sungguh tajuk entri ni ye. Hehe. Seingat cikla, last cikla pergi temuduga kira-kira 8 tahun lalu. Huishhh. Lama dah. 

Sebenarnya, sebelum korang nak pergi temuduga, korang mesti membuat persediaan yang cukup supaya korang lebih confident semasa proses temuduga itu berlangsung. 

Tapi, korang kena ingat. Korang bukan saja kena bersedia dari segi mental dan ilmu, tapi penampilan diri jangan dilupakan pulak. 

Bukan apa, kadang-kadang ada sesetengah kerjaya itu amat menitikberatkan cara korang berpakaian dan ia juga akan dinilai oleh orang yang menemuduga korang nanti. So, jangan ambil ringan. Ok!

Cara menghadapi temuduga dengan yakin.

Ada beberapa hal yang korang memang kena pastikan ia tip top supaya korang lebih bersedia sekaligus menyingkirkan rasa takut serta gementar bila tiba turn korang kelak. 

Jom baca tips yang cikla rasa amat berguna dan korang kena tau lebih-lebih korang yang baru pertama kali menghadiri temuduga. Jom semak!

Sebelum menghadiri temuduga, sebaiknya korang hubungi syarikat tersebut dan bertanya serba sedikit mengenai syarikat itu. Tapi, zaman dah moden dan canggih kan. 

Apa lagi, gunakanlah Internet tu untuk surf maklumat penting mengenai syarikat yang korang nak pergi tu. Lagi senang.

Sebaiknya, pakailah pakaian yang formal walaupun skop kerja yang korang nak apply tu mungkin membenarkan pekerja mereka berpakaian kasual atau simple

Bak kata pepatah, first impression tu amat penting. Lagipun, ia jugak menunjukkan korang serius nakkan kerja tersebut.

Sebenarnya, kalau korang nak tau pakaian formal je tak cukup kalau korang tak kemas dan rapi. Imej tu. Kemeja tu masukkanlah ke dalam dan pastikan kemeja dan seluar digosok tau. Rambut pulak janganlah serabai.  Sikat molek-molek. Baru nampak korang tu seorang yang profesional. Haaa, gitu. 

Mengenai aksesori pulak, boleh je kalau korang nak pakai. Janganlah nampak berlebihan dan sarat sangat. Kalau perempuan, nak pakai rantai boleh je. 

Tapi, janganlah sampai penuh leher tu. Lepas tu ada loceng-loceng pulak. Dah mengganggu sesi temuduga tu pulak nanti.

Berikut merupakan beberapa kesalahan yang  biasa dilakukan semasa temuduga berlangsung, iaitu;

  • Datang lambat sebab ini akan menunjukkan yang korang tak berdisiplin dan tak menepati masa.
  • Tak prepare langsung tak kiralah dari segi ilmu. Ada pulak yang lupa nak bawak dokumen dan sijil berkaitan. Ish ish.
  • Semasa menjawab soalan, sangat terhad. Kalau korang nak tau, jawapan panjang membuatkan korang tak fokus, manakala jawapan yang pendek menunjukan korang kurang tarikan kepada temuduga itu. Apa yang terbaik, kalau ditanya soalan, tunjukkan minat korang dan jangan bersikap acuh tak acuh.
  • Bersikap tak sopan. Boleh pulak time penemuduga tu bertanya soalan, dia potong dulu cakap orang tu. Memang fail lah. Lepas tu, handphone pulak asyik tit tot tit tot. Apa yang bagus, sebelum masuk bilik temuduga tu off siap-siap handphone korang tu, dan bagi perhatian.

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Karier.

4 comments:

  1. salam singgah, good sharing ^_^

    ReplyDelete
  2. good read here.

    hi jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  3. Info dan tips yang ohsem..

    ReplyDelete