4 November 2017

Info fakta : Apa yang ibu mengandung kena tau pasal suntikan EPIDURAL?

Cikla dulu, time mengandung kalau dah dekat-dekat masa nak melahirkan tu memang hati risau je fikir aku ni nanti bersalin normal ke caesaran

Walaupun pengalaman sebelum ni cikla bersalin normal, tapi kita tak tau apa yang akan berlaku di masa hadapan. Betul tak? 

Walau apapun, syukur alhamdulillah keempat-empat anak cikla, cikla bersalin normal. Fuhhh, selamat. Hehe.

Bagi ibu yang pertama kali bersalin, mesti terfikir macam manalah prosedur suntikan epidural tu kan. 

Kalau korang nak tau, suntikan epidural ni boleh diberikan kepada ibu yang bersalin normal atau caesaran. 

 Walaupun suntikan ni mampu mengatasi masalah yang mungkin timbul semasa proses melahirkan dan rasa sakit yang teramat sangat, tapi ada sesetengah ibu yang tertanya-tanya adakah suntikan ini akan membahayakan si ibu. 

So, kali ni cikla nak share semua info yang berkaitan dengan suntikan ini. Kalau nak tau lebih lanjut, jom baca sampai habis.

Info fakta : Apa yang ibu mengandung kena tau pasal suntikan EPIDURAL?

Untuk pengetahuan korang, suntikan epidural adalah suntikan yang diberikan bagi mengurangkan kesakitan si ibu semasa proses melahirkan anak. 

Suntikan ini adalah hanya untuk melegakan rasa sakit pada bahagian tertentu sahaja, iaitu ia menghalang saraf impuls dari tulang belakang sampai ke bahagian bawah iaitu half your body. 

Antara kesan suntikan ini adalah;

  1. Memberi kesan kepada sistem saraf pusat, sistem kardiovaskular dan sistem  pernafasan. 
  2. Memberi kesan kepada tekanan darah, pernafasan, degupan jantung dan beberapa fungsi badan yang lain.

Prosedur ini hanya diberikan oleh pakar bius yang bertauliah saja dan mereka akan menyuntik suntikan epidural ni di bahagian bawah belakang. 

Caranya adalah, pakar bius akan menggunakan jarum halus dan memasukkan jarum tersebut di antara tulang kecil di tulang belakang si ibu, iaitu ruang epidural (ruang antara lapisan tisu tulang belakang kemudian satu tiub halus akan disalurkan melalui jarum berlubang.

Namun, ada beberapa keadaan atau sebab mengapa si ibu ambil suntikan ini, iaitu;

  1. Kebanyakan ibu akan meminta suntikan ini bila serviks telah mengembang kepada 5-6 cm di samping ibu telah merasakan kontraksi semakin kuat berlaku. 
  2. Kadang-kadang, si ibu turut ditawarkan suntikan ni terutamanya bila proses melahirkan tu kena dipercepatkan atas sebab-sebab tertentu. 
  3. Selepas ibu diberi suntikan ini, ia akan kekal sampailah ibu sudah melahirkan baby dan uri ibu dikeluarkan. Selain tu, semasa proses jahitan pun, si ibu tak akan rasa sakit pun.

Kebaikan suntikan EPIDURAL.

  1. Untuk si ibu yang bersalin secara caesaran, suntikan ini akan menjadikan ibu lebih selesa dan rasa sakit pun jadi lega semasa proses penyembuhan. 
  2. Ia akan dapat memberi kekuatan kepada si ibu semasa proses melahirkan sebab si ibu akan tak merasa sakit, letih, lemah, gelisah dan boleh rest
  3. Kalau si ibu bersalin secara normal pulak, suntikan ini akan menjadikan si ibu bertenaga untuk meneran semasa proses bersalin.

Kesan suntikan EPIDURAL.

  1. Sesetengah ibu (1%)"akan mengalami sakit kepala.
  2. Selepas suntikan, ibu digalakkan baring secara mengiring dan kadar denyutan jantung baby akan sentiasa dipantau. 
  3. Tekanan darah ibu akan menurun. So, ibu akan dimasukkan satu tiub kecil iaitu kanula intravena ke dalam tangan/lengan sebagai langkah berjaga-jaga kalau tetiba tekanan darah turun mendadak. 
  4. Untuk pengetahuan korang, epidural mengandungi opioid, fentanil, atau ubat yang sama. So, ia boleh masuk ke dalam uri dalam dos yang besar dan keadaan ini akan menyebabkan baby mengantuk. 
  5. Merasa kebas tapi bahagian perut je. Tapi, kalau dalam masa 1/2 jam ibu tak rasa kebas, pakar bius alam bagi dos yang lain pulak. 
  6. Si ibu mungkin akan mengalami demam, gatal-gatal dan shaking.

Fakta penting mengenai suntikan EPIDURAL yang ibu kena tau.

  1. Suntikan ni tak ganggu susu ibu sebab aliran dan fungsinya terhad pada bahagian tertentu je. Ia akan masuk dalam aliran darah tapi sikit je dan aliran susu pulak tak beri effect langsung. So, ibu boleh je nak bagi baby breastfeeding tapi dalam keadaan mengiring. Jangan duduk pulak. 
  2. Sebenarnya, epidural ni lebih baik dari bius am (bius yang biasanya buat pesakit tak sedarkan diri). Suntikan ni biasanya dikelaskan dalam group bius setempat dan ia digunakan operation pada bahagian pusat sampai ke bawah. 
  3. Bagi ibu yang bersalin normal, ia menjadi pilihan sebagai penahan sakit. Tapi, ia adalah tak perlu kalau ibu boleh tahan sakit kontraksi tu. 
  4. Selepas selesai bersalin, si ibu disarankan baring tanpa bantal selama 8-12 jam. Tapi, si ibu digalakkan bergerak seawal mungkin lepas dari tempoh tu untuk melancarkan kembali aliran darah.

Apa yang paling penting, korang kena tau yang mana setiap individu itu dibolehkan mengambil suntikan EPIDURAL ni 2 tahun sekali saja.

Sumber Ruangan Catatan Kehamilan.

4 comments:

  1. ooo, info penting ni, selama ni akak ambil je epidural ni tanpa tau kesan n siapa perlu atau x ambil n sebab perlu ambil.. isshhh kurang betul membaca la akak nie...

    ReplyDelete
  2. nice info..dulu bsalin x amik epidural hanya dgr cite kwn j.

    ReplyDelete
  3. ada baik buruk epidural ni...
    mak saudara liez dah 20 tahun anaknya pun...kesan epidural masih terasa... bila sejuk je mula la sakit tangkap pinggang

    ReplyDelete
  4. Adik sha kena amik suntikan nie sebab masalah pada kandungan dia.. Adik cakap, sakitnya ya ampun.. Sekarang pun terasa lagi..

    ReplyDelete