Cikla rasa masalah badan berbau ni memang masalah sejagat. Amboi, besar benar masalahnya tu ye. Tapi, betullah. Masalah ni boleh mengganggu keselesaan orang sekeliling kalau ia tak diatasi dengan sebaiknya.
Kebanyakan (tapi bukan semua) orang yang mempunyai badan yang agak berisi mungkin akan menghadapi masalah ni terutama bila mereka melakukan aktiviti dan keadaan cuaca yang panas lit-lit. Bila keadaan bau badan kita agak tak menyenangkan akan menyebabkan kawan-kawan mungkin tak selesa bila berdamping dengan kita.
Tapi, kawan-kawan kita pun tak kan nak cakap dengan kita kan. Diaorang mesti nak jaga hati dan air muka kita jugak kan (baiknya kalau dapat kawan macam ni).
So, kita sendiri yang kena alert dengan diri tak kira dari segi apa sekalipun. Lagipun, ini akan mempengaruhi keyakinan kita jugak terutama bila bergaul dengan orang ramai. Betul?
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Kalau korang nak tau, masalah bau badan ni wujud adalah disebabkan oleh beberapa hal, seperti bakteria, wujudnya toksin dalam badan, pengambilan kafein dan makanan berempah secara berlebihan, faktor kesihatan dan genetik jugak.
Tapi, korang jangan risau. Ada cara macam mana nak atasi masalah bau badan ni. Kalau korang nak tau, jom baca ni sampai habis, ok!
Guna limau kasturi.
Potong beberapa biji limau kasturi dan letakkan dalam air. Kemudian, campurkan air tersebut dengan kapur sirih. Selepas itu, sapukan campuran itu pada seluruh badan korang. Kulit limau tu pulak korang amik dan gosokkan pada badan jugak, kemudian bilas bersih.
Guna hampas kelapa atau hampas teh.
Hampas kelapa jangan dibuang, ada gunanya. Caranya adalah, ambil hampas kelapa tersebut, kemudian gosokkannya pada keseluruhan badan dan biarkan selama 45 minit sebelum dibilas. Kalau korang guna hampas teh, lepas gosok tu biarkan selama 15 minit. Korang boleh jugak gosokkan di bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 30 minit. Lakukan secara konsisten 3 kali seminggu, insha Allah hasilnya pastu tak mengecewakan.
Guna timun muda dan daun sirih.
Kupas sebiji timun mudah dan basuh bersih. Selepas itu, gosokkan timun tersebut pada badan yang mudah berpeluh setiap kali selepas korang mandi. Selain itu, korang boleh jugak gunakan dauh sirih. Caranya, ambil 20-30 helai daun sirih, bersihkan dan rebus bersama beberapa gelas air sampai mendidih. Kemudian, biarkan ia sejuk seketika sebelum diminum 1/2 gelas, 3 kali seminggu.
Di samping itu, korang sebaiknya memilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik kapas kerana ia lebih menyerap peluh. Pakai jugak pakaian yang longgar sebab ia akan mengurangkan peluh merembes. Untuk pengetahuan korang, faktor pemakanan jugak boleh menjadi penyebab keadaan ini.
Korang kena kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bawang putih, daging, rempah ratus, kopi dan kacang-kacangan. Apa yang penting, korang mesti mengutamakan kebersihan diri. Sebaiknya, mandilah secara kerap sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dan gunakanlah sabun yang sesuai dengan kulit korang.
Selain itu, jangan lupa gunakan deodorant anti-perspirant kerana ia mengandungi bahan antiseptik dan jangan lupa jugak semburkan body perfume sebelum korang keluar melakukan aktiviti terutamanya di luar rumah.
Sumber Ruangan Harian Metro.
Banyak tips bagus..Tq for sharing
ReplyDeleteSelalu guna hampas teh .
ReplyDeleteDaun sireh dan limau kasturi memnag berkesan..
ReplyDeleteLimau kasturi tu memang bagus cikla... boleh juga mengatasi masalah kelemumur kepala.. kan?
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDelete