Sememangnya alat solek dan wanita itu umpama irama dan lagu yang sukar dipisahkan. Pendek kata, kat dalam beg tangan tu sentiasa ada barang yang dianggap penting ini. Tapi, pernahkah korang terfikir, tiba-tiba alat solek korang dah habis, tapi korang tak sempat nak pergi beli dan korang sangat urgent nak menggunakannya. Kaget dan tentulah panik kan, betul tak?
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Korang jangan risau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Korang cuma perlu tenang dan fikir baik-baik. Sebenarnya, ada cara yang korang boleh gunakan untuk mengatasi masalah ini. Nak tau? Jom baca selanjutnya sampai habis, ok!
Mungkin beberapa cara ni kedengaran pelik dan janggal kan, tapi bak kata orang-orang tua, 'belum cuba, belum tau'. Betul tak? So, apa lagi. Walaupun korang tak percaya, korang kena percaya jugak. Hehe.
Keajaiban maskara sebagai eye liner.
Guna maskara untuk menggantikan eye liner korang yang kehabisan. Dengar macam pelik kan. Boleh ke? Tak comot ke nanti. Walaupun sebelum ni kita ingat maskara hanya untuk melentikkan bulu mata korang je, tapi fungsinya jugak boleh menjadi 2 in 1 tau. Caranya sangat mudah, korang just sapukan ia pada bahagian atas dan kelopak mata, sama macam korang guna eye liner. Apa yang penting, korang buat dengan teliti kalau korang mahukan hasil yang superb. Cubalah!
Minyak zaitun pengganti krim pelembap muka.
Kalau cikla, selalu guna minyak zaitun untuk menanggalkan mekap dan sebagai pelembap rambut. Tapi, tahukah korang yang kita boleh jugak menggunakan minyak zaitun sebagai krim pelembap muka. Gunakan ia sebelum kita tidur pada waktu malam. Selain itu, ia jugak boleh dijadikan pelembap pada bahagian lain seperti badan.
Menggunakan tisu basah untuk mencuci solekan.
Dalam keadaan terdesak, kita boleh jugak menggunakan tisu basah untuk mencuci solekan kita, sekaligus ia boleh dijadikan pengganti kepada pencuci muka kita yang kehabisan. So, lepas ni kalau korang terlupa membawa pencuci muka korang, korang boleh try cara ni sebab tisu basah boleh jugak menghilangkan minyak dan kotoran di muka korang tu. Selain itu, tisu basah jugak mampu menjadikan muka korang nampak lebih segar dan apa yang paling penting ia sesuai untuk semua, sama ada lelaki atau perempuan.
Oleskan lipstick sebagai pengganti pemerah pipi.
Kalau yang ni cikla pernah tau jugak. Ada orang menggunakan lipstik sebagai pengganti pemerah pipi yang sudah kehabisan itu. Korang hanya perlu menyapu sedikit lipstick pada bahagian pipi korang, kemudian gosok perlahan-lahan, untuk memberikan warna kemerah-merahan pada muka korang. Tapi, jangan pekat sangat. Dah tak cantik dah nanti.
Gunakan kertas penyerap minyak pengganti bedak padat.
Ada orang tak suka pakai bedak padat terutama semasa bersolek. So, korang boleh menggunakan kertas penyerap minyak dengan hanya mengelap kertas tersebut pada muka korang. Korang akan dapat menghilangkan minyak yang ada pada muka korang tu.
Sumber Ruangan Gen-Y, Harian Metro.
Tips yang sangat berguna.. Nice sharing..
ReplyDeleteTips yg best
ReplyDeleteMinyak zaitun yang untuk masak tu ke cikla?
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletewah. tq share tips. yela kadang2 tu tak sempat beli n urgent nk guna. lastly pakai bedak baby johnson je. tp xsesuai sebab kulit kering. jom singgah https://gadistudungbunga.blogspot.my/
ReplyDelete