Advertisement

Cara nak pilih warna pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit.

Cara nak pilih warna pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit. | Bagi cikla, pemakaian pemerah pipi adalah sangat penting jugak sebab ia dapat menjadikan wajah kita lebih berseri sekaligus menjadikan warna kulit kita lebih cantik. Akan tetapi, pemilihan jenis pemerah pipi ni jugak penting sebab pemerah pipi ni ada banyak jenis. Biasanya, pemerah pipi ni adalah dalam bentuk serbuk dan bentuk krim. Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, elok gunakan pemerah pipi dalam bentuk serbuk sebab ia boleh tahan lebih lama.

Selain itu, untuk mereka mempunyai kulit jenis kering, pemerah pipi jenis krim adalah sangat sesuai untuk mereka. Ini kerana, ia akan membuatkan wajah korang lebih shining. Tapi, korang kena ingat, kalau korang pilih pemerah pipi jenis cair, korang kena berhati-hati sebab ia akan mudah hilang kalau disapu terlalu kuat. Walaupun begitu, kelebihan pemerah pipi jenis ni adalah ia akan memberikan kesan yang cepat dengan warna yang menyerlah.

Cara nak pilih pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit.

Oleh itu, bukan semua warna pemerah pipi match dengan semua orang. Sebab itu, pemerah pipi yang ada di pasaran adalah dalam pelbagai warna mengikut warna kulit. So, untuk memilih warna pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit kita pun ada tipsnya.

Cara nak pilih warna pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Jom baca apakah tipsnya ye...

Untuk yang berkulit cerah, pemerah pipi berwarna lembut adalah sangat sesuai untuk korang seperti light pink dan peach. Hal ini kerana, warna-warna sebegini adalah sama dengan warna semulajadi bibir mereka yang berkulit cerah. Tapi, korang kena ingat jangan letak terlalu tebal sampai nampak berlebihan dan jadi tak semulajadi dah kalau macam tu. 

Untuk mereka yang berkulit terlalu putih dan pucat pulak, warna oren lembut sangat sesuai untuk korang. BeautifulMereka yang mempunyai kulit sawo matang, untuk nampak fresh, warna-warna seperti Aprikot, light purple dan beri lembut adalah sangat sesuai untuk korang. Di samping itu, korang boleh jugak gunakan warna ros tapi dalam kadar yang sederhana akan memberikan kesan makeup semulajadi. Gunakan jugak warna gangsa untuk membuat kontur pipi.

Bagi mereka yang berkulit gelap pulak, warna yang sesuai dengan mereka adalah warna nuansa merah, oren, coklat dan merah bata. Ini kerana, warna sebegini akan beri effect yang lebih baik, sekaligus ia akan membentuk kontur pada pipi. Selain itu, warna tangerin dan raisin jugak sesuai untuk si kulit gelap ini.

Sumber Ruangan Stailo, KOSMO!

Post a Comment

4 Comments

  1. Wahhh, baru tau. Tq dear

    ReplyDelete
  2. tak pakai blusher pun sebab jerawat dah bersepah jadi blusher :P

    ReplyDelete
  3. Akak suka warna yang earth colour..antara nampak ngan tak nampak jer kat pipi...so nampak natural gitu...

    ReplyDelete
  4. Bagus lah info ni. Saya suka pakai pemerah pipi kalau tak pakai rse lain sgt muka ni. Heheheheh.. Thank you sharing.

    ReplyDelete