Mungkin ramai yang dah tahu atau tak tahu langsung sebenarnya memang banyak kelebihannya minum air panas terutama untuk kesihatan.
Kalau korang belum tahu lagi, meh baca apa yang cikla nak share ni. Bukan apa, mungkin ada di antara kelebihan yang mungkin korang akan rasa tak percaya. Jom baca sampai habis.
Sebenarnya memang banyak kelebihan minum air panas ni. Tapi, cikla share dengan korang lima je. Yang lain cari sendiri. Hehe.
Antara kelebihan minum air panas adalah seperti berikut;
Menurunkan berat badan.
Wow, iye ke ni? Macam tak percaya je. Tapi, orang cakap belum cuba, belum tahu kan. Betul tak?
Untuk pengetahuan korang, tabiat meminum air panas adalah salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan sebab air panas dikatakan boleh meningkatkan metabolisme termasuklah berlakunya pencairan lemak badan.
Melancarkan sistem penyahtinjaan.
Setiap pagi, sebelum korang bersarapan atau mengambil makanan lain, seeloknya amalkan meminum air panas.
Hal ini kerana, ia akan menjadikan korang lebih senang nak membuang. Jadi lancar gitu. Lagipun, air panas boleh menolong meningkatkan pergerakan usus sekaligus menjadukan usus lebih mudah dibersihkan.
Melancarkan peredaran darah.
Peredaran darah yang kurang baik akam menjadikan kita menjadi letih dan lesu. Tapi takpe. Korang boleh atasi masalah ni dengan meminum segelas air panas suam pada setiap lagi dan selepas makan.
Ini akan meningkatkan fungsi menjadikan peredaran darah dan saraf menjadi lebih baik.
Meningkatkan fungsi otak.
Amalan meminum segelas air panas suan dengan sedikit madu lebah dapat membantu memberi tenaga pada otak sekaligus meningkatkan fungsinya.
Kesan pengeringan badan boleh menyebabkan korang pengsan ataupun pitam secara tiba-tiba.
Bagus untuk mendetokskan badan.
Memang tak dinafikan, kalau kita minum air panas, badan kita automatik akan berpeluh. Betul tak?
So, peluh yang 'terbit' itu dapat membantu menyingkirkan kekotoran dan toksin yang ada dalam badan kita.
Jom amalkan meminum air panas demi kesihatan yang baik. Semoga bermanfaat.
Sumber Ruangan Info Sihat.
PC suka minum air panas...atau suam...lega rasanya..lagi satu lambat rasa dahaga...kalau minum minuman sejuk atau berais rasa tak puas dan macam cepat dahaga semula...
ReplyDelete