Apa kaitan warna pakaian dengan mood seseorang? Nak tau, jom baca ni...

Ada orang sangat mementingkan warna dalam memilih pakaian yang akan digayakan sebab mereka percaya ia sangat berkait rapat dengan mood serta emosi mereka. 

Sebenarnya, iye. Memang secara tak langsung ia turut memberi kesan terhadap apa yang korang lakukan sehari-hari. 

Ia bukan saja melibatkan pakaian yang dipakai, malah ada orang sangat menitikberatkan pilihan warna yang sesuai dalam rumah mereka terutama dalam bilik. Inspirasi dan ketenangan.

Apa kaitan warna pakaian dengan mood seseorang? Nak tau, jom baca ni...

Dalam pemilihan warna pakaian pulak, semestinya ia akan menyerlahkan mood seseorang itu lebih-lebih lagi mood gembira. Apa kata korang baca apa yang cikla nak share ni. Jom baca sampai habis.

Berikut merupakan beberapa jenis warna dan kaitannya dengan penampilan serta emosi si penggaya pakaian tersebut. Ia adalah;

1. Bagi mereka yang menginginkan ketenangan, pilihlah warna BIRU

Begitu jugak kalau korang mengalami tekanan, warna ni mampu menenteramkan perasaan korang tu. 

Bila rasa sedih pulak, si warna biru boleh menjadikan korang lebih bersemangat dan kuat untuk mengatasi masalah yang dihadapi. So, jangan lupakan si biru ini. Ok! 

2. Tak dinafikan, warna KUNING mampu memberi keceriaan kepada korang yang sedang berduka. Selain itu, warna ni selalu dikaitkan dengan inspirasi dan kebijaksanaan. 

3. Kalau korang jenis yang suka 'menarik perhatian' orang sekeliling, warnan yang sesuai dengan korang adalah MERAH

Selain itu, warna ini jugak selalu dikaitkan dengan rasa ghairah, romantik dan berani. Merah membara, semangat waja. Gituuu. Hehe. 

4. Cikla perasaan ada orang suka pakai warna OREN. Pada cikla, warna oren ni lebih menyerlah dari merah, lebih-lebih lagi yang jenis terang. Itu sebabnya, warna oren jugak boleh digayakan oleh orang yang suka menarik perhatian. 

Selain itu, ia jugak menjadikan korang lebih bersemangat dan menenangkan. Tapi itulah, warna oren ni macam payah sikit nak match dengan warna kulit kita kan yang kebanyakannya sawo matang ni. 

Kalau yang jenis putih melepak tu oklah, memang cantik kalau pakai warna oren ni. So, korang kena pandai bereksperimentasi, tengok mana yang sesuai. 

5. Warna ni memang warna kegemaran cikla, warna HIJAU. Warna ni sememangnya mampu memberi ketenangan kepada si pemakainya. 

Selain itu, ia jugak boleh mengurangkan tekanan dan akan rasa lebih fresh. Sebab itu, orang cakap, kalau nak tenang pandanglah benda-benda yang hijau macam gunung ganang, sawah padi, dan pokok-pokok. Tenang je rasa. Tak caya, cubalah sendiri.

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Stailo, KOSMO!

6 comments:

  1. setuju !
    mmg warna baju kadang2 ikut mood seseorg

    ReplyDelete
  2. Betul warna oren kalau kulit cerah memang masuk.

    ReplyDelete
  3. Arini pakai Merah...oooppsss

    ReplyDelete
  4. Mat2 'lembut' suka warna pink

    ReplyDelete
  5. betul!!! warna memainkan peranan ptg dlm hidup kita seharian jugak...(eh betulkah ayat KG ni?,...)

    ReplyDelete
  6. Masalahnya, auni suka pakai warna hitam. Haha...! Teringin pakai kuning tapi macam tak kena pulak dengan kulit :(

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews