Selamat jalan Nuan Nuan.

Rasanya cerita pasal anak panda gergasi yang lahir di Malaysia, Nuan Nuan yang dihantar balik ke China mendapat liputan meluas tak kira media cetak dan elektronik. Cikla pun ada jugak tengok cerita pasal ni disiarkan di berita. 

Pada yang tak tau, Nuan Nuan adalah anak 'hasil perkongsian' hidup 2 ekor panda gergasi iaitu Xing Xing (panda jantan) dan Liang Liang (panda betina) selepas 15 bulan tinggal di Malaysia. 

Nuan Nuan dilahirkan pada 18 Ogos 2015. Haiwan comel tu sekarang membesar bagai johan, seberat 90 kg. Wow, berat tuuuuu.

Selamat jalan Nuan Nuan.
Selamat jalan Nuan Nuan. Sumber Google. 

Sekarang Nuan Nuan sudah berumur 26 bulan. Ekoran genapnya usia Nuan Nuan 2 tahun lebih, Nuan Nuan perlu dipulangkan semula kepada China berdasarkan kepada Perjanjian Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi yang ditandatangani bersama dengan kerajaan China pada Jun 2012.

Dari apa yang cikla baca dari akhar KOSMO! sejak semalam emosi anak panda tu macam tak ceria padahal sebelum ni Nuan Nuan memang seekor panda yang aktif. 

Ish ish ish, dia macam tau-tau je akan berpisah dari ibu dan ayahnya. Tengok, binatang pun tau beremosi kan. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAB Kargo Sdn. Bhd, kos penghantaran Nuan Nuan adalah kira-kira RM400,000. Ia merupakan kos penerbangan haiwan yang paling mahal setakat ini dalam negara.

Selamat jalan Nuan Nuan.
Selamat jalan Nuan Nuan. Sumber Google. 

Nuan Nuan sudah selamat dihantar ke Pangkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China semalam.

Selamat jalan Nuan Nuan.

2 comments:

  1. Sedihnya...dipisahkan dari ibu bapanya..diasingkan dari tempat lahirnya...

    ReplyDelete
  2. Perjanjian yang tidak memihak kepada kita.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews