9 December 2017

Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke?

Korang pernah dengar tak restrosternal tiroid? Mungkin keadaan ini agak asing bagi sesetengah orang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali didedahkan dengan penyakit tiroid ni. 

Sejujurnya, cikla pun baru pertama kali tahu dan dengar mengenainya. Itupun, since cikla join group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI). 

Memang sangat banyak manfaatnya bila kita join group support ni, terutama mereka yang menghidap penyakit kronik ni.

Selain dari info mengenai penyakit tiroid itu sendiri, kita jugak turut mendapat sokongan, nasihat dan pandangan. 

Pendek kata, tempat meluahkan rasa pun boleh jugak kot. Sebab, kebanyakan mereka yang ada dalam group tu semuanya senasib. Pada cikla, hanya mereka yang melalui dan merasai sahaja yang faham.

Berbalik kepada restrosternal tiroid pada awal entri tadi, cikla sebenarnya nak share info ringkas mengenai keadaan ni. 

Bukan apa, sekurang-kurangnya kita ada sedikit gambaran dan ilmu bila kita atau orang tersayang kita terpaksa melaluinya kelak. Tapi, untuk more detail, sebaiknya korang bertanya kepada doktor kerana mereka lebih pakar.

Dalam bahasa mudahnya, restrosternal tiroid ini adalah keadaan di mana bengkak tiroid yang turun ke dada. Apa? Turun ke dada? Macam mana tu? Macam tak dapat nak bayangkan je. 

Korang ni, janganlah blur dan pening pulak. Hipotesisnya mudah je. Cuma korang baca dan hadamkan yang berikut. 

Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke?
Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke? Sumber Google. 

Kita umpamakan benda (bengkak tiroid) ni macam ubi kayu. Kalau pokok ubi kayu tu kan, yang kita tahu ada ubi bawah pokok kan. Tapi, yang kita nampak bahagian atas je. Yang bahagian bawah dan menjalar kat dalam tanah tu kita tak nampak. 

So, bila kita tarik pokok ubi tu, mesti yang berakar tu pun akan ikut ditarik sekali. Betul? Korang faham ke tak ni?

Macam tu jugak dengan bengkak tiroid. Biasanya bengkak yang kita nampak dari luar, itulah dia, bengkak seketul, kan. 

Tapi, yang ada dekat dalam tu tak tau jauh mana dia (bengkak) tu dah pergi. Kalau korang nak tau, restrosternal tiroid ni hanya jelas dilihat dengan x-ray dan scan sahaja. Kalau nak dilihat dari luaran iaitu bengkak biasa memang tak nampak. 

Apa yang korang kena tau, bahaya restrosternal tiroid ni apabila dia dah pergi jauh ke dalam dada. 

Untuk 'mengeluarkannya', memang tak boleh nak  tarik macam kita tarik ubi kayu tu. So, nak tak nak memang kena belah tulang dada.

Rasanya dalam group TIROID DAN ANDA (ORI) ni pun, ada rasanya   kes yang kena potong tulang selangka (collar bone)

Dua bulan pesakit kena pakai cervical collar, ala yang macam orang accident pakai kat leher tu. Sebab itulah, untuk kes restrosternal ni selalunya selepas operation pesakit akan ditempatkan di ICU untuk pemantauan teliti.

Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke?
Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke? Sumber Google. 

Seriau kan dengar. So, kalau korang ada bengkak di leher, cepat-cepat pergi check doktor. Walaupun bukan semua bengkak itu membahayakan, tapi kalau ada bengkak, memang ada risiko. 

Bak kata pepatah, 'mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi, cikla bersyukur dan redha sebab Allah memberi ujian ni pada cikla. Ini menjadikan cikla lebih kuat dan lebih menghargai diri sendiri dan orang yang tersayang.


2 comments:

  1. bahayanya kadang kita ingat bengkak biasa je tapi rupanya sakit teruk :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Yg dilihat dgn mata kasar Kdg2 tak sama dengan hakikat apa bengkak itu sebenarnya...

      Delete