11 December 2017

Jahat sangat ke si lemak tepu ni?

Korang pernah dengar mengenai lemak tepu tak? Korang tau tak apakah itu lemak tepu? Elok ke lemak ni? Apa pulak kesan lemak ni pada badan kita? Wah. Banyak persoalan yang berlegar-legar di benakku ini. Hehe. Untuk pengetahuan korang, lemak sebenarnya dibahagikan kepada 3 jenis iaitu lemak tepu, lemak tidak tepu dan lemak trans. So, cikla nak share pasal lemak tepu ni, apakah ia dan keburukannya kepada diri kita. 

Jahat sangat ke si lemak tepu ni?

Kalau korang nak tau, lemak tepu adalah sejenis lemak yang mudah dikenali iaitu dari segi bentuknya. Ia adalad berbentuk padat seperti lilin. Lemak tepu ni biasanya dijumpai dalam produk berasaskan haiwan, contohnya daging merah, dan produk tenusu asli. Ia bukan sahaja ada dalam sumber haiwan, malah dalam sumber tumbuhan pun ada jugak, seperti  minyak sawit.  

Keburukan lemak tepu ini adalah ia boleh memekatkan darah sehinggakan darah mudah melekat pada dinding pembuluh darah dan pengerasan dinding pembuluh darah disebabkan proses penggumpalan. Keadaan ini sudah tentu akan mengganggu sistem peredaran darah dalam badan kita dan kita lebih terdedah kepada risiko penyakit seperti jantung, darah tinggi dan strok.

Kita seharusnya bertindak dari sekarang demi kesihatan. Ada beberapa tips yang boleh korang amalkan untuk elak lemak tepu dalam badan kita. Jom baca perkongsian menarik ini sampai habis.

Jahat sangat ke si lemak tepu ni?
Jahat sangat ke si lemak tepu ni? Sumber medikTV. 

  1. Kurangkan atau elakkan pengambilan daging merah terutama di bahagian berlemak. 
  2. Gunakan minyak zaitun dalam masakan seharian korang. 
  3. Sebaiknya, korang kena tahu berapa banyak lemak tepu yang ada dalam menu harian korang supaya korang boleh kawal pengambilannya. 
  4. Elakkan dari mengambil makanan sejuk beku sebab kebanyakan makanan sebegini memang tinggi kandungan lemak tepunya. 
  5. Kalau korang nak makan daging jugak, sebaiknya korang panggang. Sebab, kalau korang goreng daging tersebut akan digoreng dengan minyaknya sendiri. So, lebih baik dipanggang. Lagipun, masa dipanggang, lemak dan minyak yang mengalir keluar tak akan diserap semula. Tambahkan Omega 3 dalam menu harian korang.  Sumber Omega 3 ni senang je, korang makan je ikan. 
  6. Kurangkan pengambilan produk tenusu dalam menu harian korang.  Kalau nak ambil jugak, sekali sehari pun dah cukup dah. Produk tenusu ni bukan semata-mata susu aje tau, keju pun dari produk yang sama.

Lemak tepu ni jahat sangat ke?

Sebenarnya, lemak tepu ni takdelah jahat mana pun. Ada jugak side bagusnya. Kalau korang nak tau, lemak tepu adalah lebih stabil daripada lemak tak tepu disebabkan oleh setiap atom karbon turut ditemani dengan atom hidrogen. So, kestabilannya ini membuatkan lemak tepu tak mudah menjadi radikal bebas dan mempunyai kesan positif terhadap pengimbangan hormon badan korang. 

Selain itu, bagi mereka yang mengambil lemak tepu akan mempunyai tahap testosterone bebas dalam darah yang lebih tinggi. Bagi mereka yang nak membina otot dengan lebih baik, ini penting tau, disebabkan testosterone yang tinggi itu. Macam abang-abang sado tu.

Di samping itu, hormon testosteron ni jugak penting dalam hubungan intim pasangan suami isteri. Suamilah kena ambil lebih kan. Kehadiran Lauric Acid dalam minyak kelapa jugak dikatakan  mampu mencegah jangkitan kuman serta mengurangkan keradangan. Ia jugak dipercayai dapat meningkatkan tahap imun badan.

Jangan ingat lemak tepu ni jahat sangat tau. Semoga bermanfaat.

Sumber SINI dan SINI

4 comments:

  1. Ada baik dan buruknya...yang penting berpada-pada ketika mengambil apa pun jenis makanan dalam diet seharian...terima kasih CikLa perkongsian ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Semua benda ada baik dan buruk. Yg penting bersederhana dan berpada-pada.

      Sama sama PC.

      Delete
  2. Fuhhh lega sikit bila tahu lemak tepu tak jahat sangat tapi mestilah under control jugak kannn.. Good info selama ni tak pernah tahu tentang ni tahu sebut jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Semuanya perlu under control.

      Delete