'santai tapi sampai'

Pada pendapat cikla, parut (scars) ni sememangnya mempengaruhi penampilan kita kan, lebih-lebih lagi kalau ia wujud di kawasan yang orang ...

Tip mudah menguruskan parut (scars).

Pada pendapat cikla, parut (scars) ni sememangnya mempengaruhi penampilan kita kan, lebih-lebih lagi kalau ia wujud di kawasan yang orang boleh nampak. 

Untuk pengetahuan korang, parut (scars) muncul apabila luka pada badan kita mengalami proses penyembuhan disebabkan oleh kesan pembedahan, kemalangan atau penyakit yang mana ia melibatkan proses penyembuhan secara semulajadi. 

Tip mudah menguruskan parut (scars).
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Sebenarnya, lokasi parut, umur dan jenis kulit mempengaruhi bentuk parut yang wujud. Ada sesetengah parut dapat dilihat terutama bila keadaan warna dan tekstur yang berlainan jika dibandingkan dengan keadaan kulit di sekelilingnya. 

Proses pembentukan parut dan pematangan parut adalah proses yang berterusan. Ia akan terus berubah sepanjang proses pemulihan yang mana ia mungkin mengambil masa 12-18 bulan. 

Teknik urutan parut adalah cara yang berkesan untuk membantu menjadikan  parut kurang ketara. Ia jugak adalah satu satu cara untuk melembutkan dan merata parut. 

Antara fungsi urutan parut adalah menggalakkan pembentukan semula kolagen dengan menggunakan tekanan kepada parut, mengurangkan kegatalan dan mengekalkan kelembapan kepada bekas luka. Bila pulak korang boleh mula mengurut parut?

Sebenarnya, urutan parut boleh dimulakan seawal 2 minggu selepas pembedahan. Tapi, korang kena tunggu sampai semua jahitan telah dikeluarkan iaitu jatuh dengan sendirinya. 

Jangan sesekali tarik simpulan yang ada di kiri kanan luka. Jom kita tengok step by step macam mana teknik urutan parut itu. 

Tip mudah menguruskan parut (scars).
Tip mudah menguruskan parut (scars). Sumber Google. 

Kalau dilihat dalam gambar di atas, ada 3 teknik urutan yang mudah iaitu secara membulat, menegak dan melintang. Gunakan hujung jari untuk mengurut parut dan tisu di sekeliling parut.

Cara pertama : Dengan menggunakan 2 jari, lakukan gerakan membulat iaitu bulatan kecil di sepanjang parut dan kulit di sekelilingnya.

Cara kedua : Dengan menggunakan 2 jari, lakukan gerakan atas-dan-bawah di sepanjang parut.

Cara ketiga : Dengan menggunakan 2 jari, lakukan gerakan di sepanjang parut dari sebelah ke sebelah.

Lakukan urutan parut  2 hingga 3 kali setiap hari selama 10 minit. Semasa mengurut parut, korang boleh gunakan krim atau losyen pelembap yang mana ia boleh menjadikan kulit kita lebih lembut. Tapi, korang kena ingat, kalau losyen yang korang gunakan tu mengandungi pewangi, elak dari menggunakannya dalam kuantiti yang banyak.

Selain itu, untuk bulan pertama selepas pembedahan, jangan gunakan losyen yang mengandungi vitamin E. Berikut adalah senarai beberapa contoh krim/losyen yang boleh korang gunakan, iaitu :

  • Arbonne®
  • Eucerin®
  • Nivea®
  • Aveeno®
  • Mederma®
  • Copper Scar Cream®

Nanti boleh jugak cikla cuba tip untuk parut kat leher ni. Memanglah tak orang tak nampak kan sebab pakai tudung, tapi diri sendiri yang nampak. Haha.

Sumber SINI.

2 comments:

  1. Info baru bg mama. Tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Nice tips.Thanks for sharing. Kalau parut dah lama bole ke sis?

    ReplyDelete