Matangkah kita? Jom check 9 ciri ini.

Korang rasa korang sudah matang ke? Kadang-kadang, orang ni tengok muka dan usia memang dah matang dah, tapi bila tengok tang perangai dan sikap, memang fail. Perangai dah macam budak-budak dah. Memang tak boleh nak dinafikan ada yang macam ni. Korang setuju tak dengan hipotesis cikla ni? Hehe.

Matangkah kita? Jom check 9 ciri ini.

Sebenarnya, ada tanda atau ciri yang kita boleh check yang menunjukkan seseorang itu sudah matang, terutama dalam kehidupan. Cara dia menghadapi masalah, cara dia bergaul dengan orang lain dan sebagainya. 

9 ciri yang menunjukkan kematangan seseorang, iaitu :

  • Mereka berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 
  • Mereka boleh menerima orang lain seadanya. Memang tak dinafikan, setiap orang ada pendapat mereka masing-masing. Apa yang penting, cuba fahami makna perbezaan pendapat. So, raikanlah ia  dan payah nak taksub sangat. 
  • Mereka berani "melepaskan" kenangan lama yang  pahit. Malah, mereka jugak tak berdendam dan simpan dalam hati. Semuanya diikhlaskan dengan senang hati. 
  • Mereka berhenti mengharap dan meminta dari orang, tapi mula memberi. Bak kata pepatah, biarlah sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta-minta. 
  • Mereka melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. 
  • Mereka berhenti menunjuk-nunjuk kepandaian dan  kehebatan yang mereka miliki. Tapi, sebaliknya mereka mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. 
  • Mereka berhenti membuat perbandingan antara nasib mereka dgn nasib orang lain. Mereka sebaliknya membandingkan nasib diri mereka sebelum ini. Pendek kata, takde rasa iri hati, dengki dan sakit hati bila melihat kelebihan orang lain. 
  • Mereka boleh membezakan antara kehendak dan keperluan. So, mereka akan mengutamakan keperluan  dari kehendak. 
  • Mereka akan berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Dalam erti kata lain, mereka lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan" yang berisi air kopi tersebut. Berbeza kan?
  • Kesimpulannya, tanda yang paling penting yang menunjukkan kita dah mencapai 9 tahap sahsiah seperti yang dinyatakan ni adalah bila kita takde niat pun untuk mahu menunjuk-nunjuk, yang mana diri kitalah yang terbaik. Hati kitalah yang memandu fikiran supaya kita buat perkara baik.

Just niat dalam hati untuk mahu berkasih sayang dan membuat amal kebajikan.


1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews